Lagi Bahan Perubatan China Dihantar ke Myanmar

2021-07-21 14:39:34  CRI
Share with:

Lagi Bahan Perubatan China Dihantar ke Myanmar_fororder_抗

Bahan-bahan perubatan China dihantar ke Myanmar untuk membantu negara itu menangani gelombang ketiga penularan wabak COVID-19 yang semakin teruk.

Bahan perubatan yang dihantar tiba di negara itu pada Selasa termasuk pelitup muka, baju pelindung dan lebih 700 botol oksigen.  

Difahamkan, kes jangitan dan kematian harian di Myanmar membaharui rekod hari demi hari.

Dalam tempoh seminggu lalu, sekurang-kurangnya enam hingga tujuh pesawat kargo, yang membawa bahan perubatan kira-kira 10 tan dari China yang mendarat di lapangan terbang Yangon setiap hari.

Setakat ini, bahan perubatan China ke Myanmar telah melebihi 100 tan.  

胡星