"Penggodam China", Lagi Pembohongan AS

2021-07-22 14:02:05  CRI
Share with:

Baru-baru ini, Amerika Syarikat (AS) bersama beberapa negara sekutunya mengeluarkan pengumuman, memfitnah China melancarkan "serangan siber". Di samping itu, AS juga memfailkan saman ke atas empat individu China dengan alasan "pengintipan siber".

Namun, butiran teknik yang diumumkan AS tidak dapat memberi bukti yang lengkap. Kritikan negara itu terhadap China sama sekali tidak berasas.

Negara mana yang menjadi penggodam terbesar di dunia? Jawapan jelas saja.

Padahal, AS telah menjalankan pengintipan dan pencurian risikan secara besar-besar dalam jangka masa panjang, dan memperoleh maklumat peribadi warga asing secara haram. Sama ada insiden "Prism Gate" atau skandal AS mengintip negara sekutunya yang didedahkan media Denmark baru-baru ini, kesemua ini telah jelas membuktikan bahawa AS ialah perosak terbesar bagi keselamatan siber di dunia.

Sebuah syarikat keselamatan siber China dalam laporannya menyatakan bahawa APT-C-39, kumpulan penyerang siber dibawah Agensi Perisikan Pusat (CIA), pernah menjalankan serangan siber terhadap jabatan penyelidikan sains angkasa lepas, industri petroleum, syarikat siber gergasi dan jabatan-jabatan kerajaan di negara ini selama 11 tahun. Ini secara serius menjejaskan keselamatan ekonomi dan wilayah China.

Dalam pada itu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang diketuai AS menetapkan ruang siber sebagai medan perang yang baharu, di samping mempergiat penempatan tenteranya dalam bidang ini pada beberapa tahun lalu. Ini bukan sahaja meningkatkan risiko berlakunya konflik antara pelbagai negara, malah memberi ancaman besar kepada kedamaian dan keselamatan dunia.

Inisiatif Keselamatan Data Global yang dianjurkan China pada tahun lalu mengesyorkan pembinaan peraturan tadbir urus ruang siber yang damai, selamat, terbuka, koordinasi dan teratur. Inisiatif itu mendapat sambutan meluas daripada negara membangun, namun negara-negara Barat bersikap dingin kerana bimbang akan hilang kedudukan hegemoni dalam ruang siber.

Nama diri tidak dapat dibersihkan melalui tindakan menghitamkan orang lain. AS dan negara sekutunya memfitnah China ialah "penggodam", hanya akan membuat dunia lebih mengenali wajah sebenar negara-negara itu yang mempunyai rekod buruk dalam bidang ini.

胡星