Moto Baharu Olimpik Amat Bererti

2021-07-22 14:59:57  CRI
Share with:

Sukan Olimpik musim panas ke-32 akan membuka tirainya di Tokyo, Jepun Jumaat ini. Ini merupakan temasya sukan berskala paling besar di dunia. Sidang pleno ke-138 Jawatankuasa Olimpik Antrarabangsa (IOC) baru-baru ini memutuskan untuk menambah "lebih bersatu" dalam moto Olimpik, iaitu "lebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat dan lebih bersatu".

Moto "lebih cepat, lebih tinggi dan lebih kuat" dikemukakan Pierre De Coubertin, "bapa Olimpik moden" ketika tertubuhnya IOC pada 1894 dan secara rasmi digunakan sejak Sukan Olimpik di Paris pada 1924. Moto itu menggalakkan para atlet bersaing, maju, dan berjuang untuk menang. Manakala kandungan baharu "lebih bersatu" memberikan konotasi baharu kepada semangat Olimpik yang mencerminkan suara bersama rakyat seluruh dunia. Ia juga amat signifikan bagi menggalakkan masyarakat antarabangsa untuk menghadapi pelbagai cabaran.

Sukan Olimpik Tokyo ini ditunda selama setahun akibat penularan pandemik COVID-19. Krisis kepercayaan terhadap Sukan Olimpik Tokyo turut menyebabkan krisis kepercayaan kepada IOC dan Olimpik. Tatkala percanggahan dan konflik terus berlaku, Pengerusi IOC, Thomas Bach berkata, "moto Olimpik perlu dibaharui mengikuti perkembangan semasa. Pada masa sekarang, perpaduan perlu diberi tumpuan khas."

徐国玮