Pencarian Asal Usul COVID-19 Tidak Patut Diganggu Politik

2021-07-23 14:10:51  CRI
Share with:

Pencarian Asal Usul COVID-19 Tidak Patut Diganggu Politik_fororder_1432539535

Pelan pencarian asal usul COVID-19 fasa kedua yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini menjadikan hipotesis "kebocoran dari makmal China akibat operasi tidak mengikut prosedur" sebagai salah satu keutamaan penyelidikan. Ini bercanggahan dengan keputusan dalam laporan bersama pertubuhan itu pada hujung Mac lalu. Ternyata bahawa misi sains itu diganggu oleh unsur politik.

Kumpulan pakar WHO sebanyak dua kali datang ke China untuk menjalankan penyelidikan di Pusat Pengajian Virus Wuhan hingga membuat dapatan bahawa "sama sekali tidak mungkin" berlaku kebocoran virus dari makmal China. Keputusan laporan yang dibuat secara saintifik itu patut dipelihara.

Pandangan mengenai "virus COVID-19 tiada kaitan dengan makmal Wuhan" telah menjadi konsensus kalangan akademi antarabangsa. Jelas sekali, sekiranya WHO memberi semula tumpuan pencarian asal usul kepada makmal Wuhan, maka ia hanya akan membuang masa dan sumber, malah menghalang proses terlibat. Satu-satunya penerima manfaat daripada tindakan ini ialah mereka yang bermain politik, menentang sains dan memutarbelitkan hakikat. Tambahan pula, kesihatan dan kesejahteraan seluruh umat manusia akan turut terjejas.

Kini, semakin banyak bukti menunjukkan bahawa masa wujudnya virus COVID-19 di pelbagai tempat di dunia lebih awal daripada tarikh yang sudah diketahui. Ini menunjukkan bahawa COVID-19 mungkin berasal usul dari beberapa sumber. Oleh itu, adalah perlu untuk dijalankan pencarian menyeluruh di beberapa kawasan di dunia.

Antaranya, Amerika Syarikat, "negara yang paling gagal dalam memerangi wabak COVID-19" harus menerima siasatan berkenaan. Makmal biologi Fort Detrick dan kes "pneumonia misteri" yang ditemui di sekitarnya pada musim gugur 2019 sangat patut diberi perhatian, dan harus menjadi tumpuan pencarian asal usul virus COVID-19 fasa kedua.

Sebanyak 55 negara telah mengirim surat kepada Ketua Pengarah WHO, menyatakan bantahan terhadap tindakan mempolitikkan isu pencarian asal usul COVID-19.

覃淼