Xi: Pelihara Ketenteraman Berkekalan dan Pembangunan Berkualiti Tinggi di Tibet

2021-07-24 16:10:27  CRI
Share with:

Xi: Pelihara Ketenteraman Berkekalan dan Pembangunan Berkualiti Tinggi di Tibet_fororder_1310081343_16270766776431n

 

Presiden China, Xi Jinping menegakan usaha harus dipergiat untuk memelihara ketenteraman berkekalan dan mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi di Wilayah Autonomi Tibet.

Sempena sambutan ulang tahun ke-70 kebebasan damai Tibet, Xi Jinping, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, telah mengadakan tinjauan ke wilayah autonomi itu pada 21 hingga 23 Julai, mengunjungi penduduk pelbagai etnik di sana.

 

Xi: Pelihara Ketenteraman Berkekalan dan Pembangunan Berkualiti Tinggi di Tibet_fororder_1310081343_16270768704091n

 

Lawatan Xi sebagai Presiden, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat ke Tibet ini merupakan julung-julung kali dalam sejarah republik ini dan ia turut memperlihatkan sokongan kukuh kerajaan pusat terhadap Tibet serta keprihatinan kerajaan pusat kepada pegawai dan penduduk pelbagai etnik di wilayah itu.

Dalam rangka tinjauan, Xi telah melawat kampung, taman di bandar, stesen kereta api, tempat keagamaan dan komuniti di bandar Nyingchi dan Lhasa untuk menziarahi pegawai dan penduduk pelbagai etnik.

 

Xi: Pelihara Ketenteraman Berkekalan dan Pembangunan Berkualiti Tinggi di Tibet_fororder_1310081343_16270587410621n

 

Dalam tujuh dekad yang lalu, kata Xi, di bawah pimpinan PKC dan sokongan rakyat seluruh negara, pegawai dan penduduk di Tibet berusaha gigih sehingga mencapai prestasi yang cemerlang dalam segenap aspek. Sosioekonomi Tibet berkembang pesat, dan taraf hidup penduduk banyak ditingkatkan.

Xi menegaskan, dasar kerajaan pusat dalam pentadbiran di Tibet pada era baharu perlu dilaksanakan secara komprehensif dan konsep pembangunan baharu perlu dilaksanakan. Selain itu, keutamaan harus diberikan kepada penjagaan ketenteraman, pembangunan, perlindungan ekologi alam sekitar dan pembinaan di kawasan sempadan.

王瑾