80 Ribu Orang Terjejas Hujan Lebat di Filipina

2021-07-25 15:34:09  CRI
Share with:

80 Ribu Orang Terjejas Hujan Lebat di Filipina_fororder_filipina

Hujan lebat ekoran monsun di Filipina telah mengakibatkan sekurang-kurang seorang maut dan 80 ribu orang terjejas setakat pukul 8.00 pagi hari ini.

Jawatankuasa Pengurangan Bencana Filipina menyatakan, taufan In-fa yang menjadikan angin monsun barat daya lebih kuat, mengakibatkan hujan lebat turun di negara itu, menyebabkan lebih 200 banjir, dan 24 tanah runtuh, lebih 80 ribu penghuni dari lebih 200 kampung terjejas. 

胡星