
Mewujudkan matlamat puncak karbon dan nuetral karbon adalah misi penting negara ini dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun (FYP) Ke-14. Dasar-dasar yang berkaitan sedang disusun.
Demikian ujar Utusan Khas China mengenai hal ehwal perubahan iklim, Xie Zhenhua sempena Forum Pengurusan Aset Global (GAMF) pada Sabtu.
Menurutnya, China akan mempergiat transformasi dan inovasi dalam sepuluh bidang termasuk mengoptimumkan struktur sumber tenaga, menaiktaraf perindustrian, meningkatkan pembinaan bangunan dan kemudahan rendah karbon, membina sistem pengangkutan mesra alam, mendorong ekonomi kitaran semula, mengintensifkan inovasi teknologi hijau, serta memajukan sektor kewangan hijau.

Naib Menteri Kewangan China, Zou Jiayi dalam forum tersebut menyatakan bahawa pihaknya akan menyempurnakan sistem dasar kewangan dan percukaian serta memperkasakan sokongan dana untuk mendorong pemulihan ekonomi hijau dan pembangunan rendah karbon, demi menyumbang kepada pencapaian matlamat puncak karbon dan neutral karbon negara ini.