Hospital Khas Koronavirus Bantuan China Beroperasi di Mandalay

2021-07-26 14:37:41  CRI
Share with:

Hospital Khas Koronavirus Bantuan China Beroperasi di Mandalay_fororder_微信图片_20210726125736

Hospital khas koronavirus yang dirancang dan dibina oleh institusi Myanmar dengan kerjasama Jawatankuasa Pengumpulan Dana Bantuan Kesihatan Awam dan Pembangunan Bandar Mandalay  beroperasi di Chanmyathazi Township Mandalay, Myanmar dan bersedia untuk menerima pesakit pada hari ini .

Hospital yang dibina atas penyelarasan Konsulat Awam China di Mandalay ini mempunyai 204 buah katil dan dilengkapi dengan kemudahan perubatan yang meliputi 64 buah mesin eletrokardiograf, 12 unit mesin ventilator dan katil khas yang disumbangkan oleh Kunming, provinsi Yunnan China.

Hospital Khas Koronavirus Bantuan China Beroperasi di Mandalay_fororder_微信图片_20210726125723

Untuk rekod,  Konsul Jeneral China, Chen Chen mewakili Konsulat Awam China serta syarikat China di Myanmar menyumbang MMK 100 juta(RM 256 ribu) kepada hospital tersebut untuk membeli alat perubatan  guna habis pada 23 Julai lalu.

Difahamkan pada ketika ini, keadaan pandemik COVID-19 di kawasan utara Myanmar kelihatan semakin buruk dengan jumlah kes jangkitan terus meningkat.

Justeru, Konsulat Awam China menjalankan penyelarasan dan kerjasama dengan jabatan kerajaan dan tempatan kedua-dua negara untuk menghulurkan  bahan-bahan perubatan yang diperlukan kepada Myanmar, seperti bantuan peralatan oksigen bagi membantu penduduk tempatan dalam usaha melawan wabak tersebut.

吕清