Xi Ucap Tahniah kepada Nguyen Xuan Phuc

2021-07-27 10:57:26  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Nguyen Xuan Phuc yang sekali lagi dilantik sebagai Presiden Vietnam.

Xi dalam kawatnya berkata, China dan Vietnam merupakan dua negara sosialis berjiran yang menjalin ikatan persahabatan kukuh dan mempunyai kepentingan bersama yang luas.

Kerjasama strategik komprehensif diberi konotasi baharu apabila kedua-dua negara berkolaborasi melawan wabak COVID-19.

Beliau turut menyuarakan kesediaan China untuk membawa hubungan dua hala ke arah  membentuk komuniti berkongsi nasib yang signifikan dari segi strategik.

Perutusan serupa turut disampaikan Perdana Menteri China, Li Keqiang kepada Pham Minh Chinh yang mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri Vietnam.

张哲