AS Digesa Tunjuk Sikap Telus, Bertanggungjawab

2021-07-27 14:04:07  CRI
Share with:

Washington digesa menunjukkan sikap telus, bertanggungjawab dan menjemput pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyiasat makmal Fort Detrick dalam usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19.

Gesaan dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media pada Isnin, susulan rayuan ramai warganet supaya WHO menjalankan siasatan terhadap makmal biologi AS itu.

Menurut perangkaan akhbar Global Times, lebih 13 juta netizen China menandatangani surat terbuka bagi mengemukakan rayuan tersebut.

AS bagaimanapun belum memberi sebarang reaksi positif dalam hal ini. Malahan, laman web berkenaan dilaporkan kerap kali diserang penggodam negara itu. 

Zhao menggesa AS memberi penjelasan untuk menghilangkan kesangsian netizen tentang makmal Fort Detrick serta serangan siber tersebut.

梁靓