20 Julai ialah hari raya Aidiladha. Umat Islam dari dalam dan luar negeri di Beijing berjemaah di pelbagai masjid untuk menyambut hari kebesaran tersebut.
Pada hari itu, pegawai kerajaan pergi ke Masjid Niujie dan Masjid Dongsi untuk mengunjungi Presiden Persatuan Islam China, Yang Faming, imam dan pekerja di masjid serta mengucapkan selamat hari raya kepada para umat Islam.
Selain membuat persiapan berkenaan untuk hari raya, masjid telah mengambil langkah pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 agar menjamin aktiviti perayaan diadakan secara teratur dan selamat dalam suasana meriah.