Juara Angkat Berat Li Fabin: Jangan Tiru Aksi yang Salah

2021-07-28 16:32:28  CRI
Share with:

Juara Angkat Berat Li Fabin: Jangan Tiru Aksi yang Salah_fororder_aksi2

Juara Angkat Berat Li Fabin: Jangan Tiru Aksi yang Salah_fororder_aksi1

Berdiri satu kaki sambil mengangkat barbel seberat 166 kilo, aksi yang dibuat Li Fabin dalam pertandingan akhir acara angkat berat lelaki kategori 61 kilo Sukan Olimpik Tokyo pada 25 Julai tersebut meninggalkan kesan mendalam kepada penonton seluruh dunia.

Li berjaya meraih johan dalam acara itu dengan catatan 313 kilo, sekali gus menyumbangkan emas kelima kepada kontinjen China dalam Olimpik kali ini.

Walaupun menurut Li, berdiri satu kaki dalam pertandingan angkat berat ialah aksi yang salah dan amat berbahaya.

“Saya mempunyai ‘tenaga teras’ yang amat kuat dan mampu mengubahsuai kesilapan aksi itu.” Kata Li.

Beliau turut menasihatkan orang lain jangan meniru aksi salah tersebut.

胡星