Hubungan China, ASEAN Jadi Suri Teladan

2021-07-28 19:23:48  CRI
Share with:

Hubungan China, ASEAN Jadi Suri Teladan_fororder_0728b

Hubungan China-ASEAN menyaksikan perkembangan pesat dalam tempoh tiga dekad lalu hingga menjadi suri teladan yang hidup bersama secara damai, berganding bahu dan saling mempelajari.

Demikian ujar Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar, Wang Yi ketika berucap merasmikan persidangan sempena ulang tahun ke-30 hubungan dialog China-ASEAN yang berlangsung di Beijing, hari ini.

Wang menyifatkan hubungan China-ASEAN sebagai tonggak utama kepada ketenteraman dan kemakmuran serantau.

Beliau turut menyarankan supaya kedua-dua pihak terus memperkukuh kesalingpercayaan strategik, memperkasa kerjasama memerangi wabak COVID-19, meneroka pemacu baharu untuk pembangunan, bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan, di samping mempertahankan keadilan.

Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi dalam ucapannya memberi penghargaan tinggi kepada China yang menyokong kedudukan ASEAN dan mempertahankan amalan multilateralisme.  

Menurut beliau, dalam tempoh dua tahun lalu, perpaduan dan persahabatan antara ASEAN dengan China makin terserlah apabila kedua-dua pihak berganding bahu dan bantu-membantu dalam usaha melawan wabak.

Selain itu, China telah memberi sokongan padu kepada negara-negara ASEAN, sementara kedua-dua pihak menggembleng tenaga dalam memastikan kelancaran rantaian bekalan serantau dan global.

Beliau yakin bahawa hubungan dua hala akan bertambah dinamik dengan prospek yang lebih cerah.

Difahamkan, persidangan yang diadakan secara hibrid itu menghimpunkan lebih 100 wakil antaranya pegawai dari Kementerian Luar China, Sekretariat ASEAN, Pusat China-ASEAN, kedutaan besar negara-negara ASEAN di China serta tokoh dari kumpulan pemikir dan universiti ternama serantau.

董筱娉