Kerjasama China-ASEAN Jadi Penstabil, Pemacu di Rantau Asia Pasifik - Pakar

2021-07-29 12:26:12  CRI
Share with:

Kerjasama China-ASEAN Jadi Penstabil, Pemacu di Rantau Asia Pasifik  - Pakar_fororder_rBABCmEBPi2AFGe3AAAAAAAAAAA393.4096x3072.660x495

Kerjasama China dan ASEAN dilihat sebagai penstabil dan pemacu pembangunan di rantau Asia-Pasifik, kata Pakar Asia-Pasifik China, Zhang Jie.

Beliau yang juga merupakan ketua bahagian Asia-Pasifik Pengajian Keselamatan dan Diplomatik Institut Strategi Antarabangsa Negara (NIIS) berkata, China sentiasa menyokong norma atau rangka kerja serantau yang dipimpin ASEAN untuk terus mendorong kerjasama serantau.

Jelasnya, ia termasuk memberi galakan pelaksanaan RCEP secara konsisten, memelihara kestabilan di Laut China Selatan (LCS) melalui perbincangan dan perundingan mengenai Kod Tatalaku LCS serta memperluas kerjasama yang melibatkan keseluruhan kesihatan awam dan membina komuniti berkongsi kesihatan.

Beliau berkata demikian ketika persidangan sempena ulang tahun ke-30 hubungan dialog China-ASEAN di Beijing pada Rabu.

Pada persidangan tersebut, pegawai dari China dan negara lain, duta besar negara ASEAN ke China, pakar dan sarjana terkenal dalam dan luar China berbincang antaranya mengenai cabaran semasa dan prospek masa depan serta pemeliharaan keamanan dan kestabilan di LCS.

Majoriti peserta ketika ditemui bersependapat bahawa setiap krisis telah diubah menjadi peluang untuk memperdalam kepercayaan dan kerjasama antara China dan ASEAN dalam tempoh tiga dekad lalu.

Pada masa ini, ASEAN menghadapi cabaran dalam peperangan melawan wabak COVID-19 dan situasi serantau, sekali gus menyaksikan kerjasama China-ASEAN menjadi lebih penting.

Untuk rekod, sejak hubungan dialog China-ASEAN dibina pada bulan Julai 1991, jumlah perdagangan dua hala meningkat dari kurang daripada USD8 bilion (RM33.8 bilion) melonjak kepada USD680 bilion (RM2.88 trilion) tahun lalu.

Dengan dasar yang begitu kukuh, kedua-dua pihak berjanji meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan membuka lembaran baharu untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

曹捷