Atlet Pelarian yang Paling Jelita

2021-07-30 13:58:44  CRI
Share with:

Atlet Pelarian yang Paling Jelita_fororder_6a

Atlet Pelarian yang Paling Jelita_fororder_6b

Yusra Mardini, 23, atlet renang yang berasal dari Syria, menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai anggota pasukan Olimpik pelarian.

Pasukan Olimpik pelarian buat julung kalinya melangkah ke gelanggang Sukan Olimpik Rio 2016, bertujuan untuk menimbulkan perhatian antarabangsa terhadap isu pelarian.

Yusra Mardini terpaksa meninggalkan kampung halaman dan menjadi seorang pelarian di Jerman kerana peperangan. Namun beliau tidak pernah melupakan impiannya, iaitu menyertai Sukan Olimpik.

Walaupun tidak melayakkan diri ke peringkat final dalam Olimpik kali ini, Yusra tetap memenangi penghormatan seluruh dunia.

“Saya ingin kongsikan dengan para pelarian bahawa yakinlah pada impian dan kemampuan kita. Kita dah mengatasi begitu banyak kesukaran, dan setiap individu boleh mencapai prestasi yang memuaskan, dan setiap tindakan kita juga amat signifikan.” kata Yusra.

胡星