Amalan AS Bagaikan "Bubuh Racun"

2021-07-30 11:46:44  CRI
Share with:

Amalan AS Bagaikan "Bubuh Racun"_fororder_1109974464

Angka sebenar kes jangkitan COVID-19 di seluruh Amerika Syarikat (AS) dianggar kurang sebanyak 60 peratus, iaitu mungkin mencecah 65 juta.

Hasil kajian saintis AS yang dikeluarkan akhir-akhir ini mengejutkan seluruh dunia, sekali gus membuktikan kegagalan AS dalam membendung penularan pandemik itu.

Jangkitan COVID-19 dikesan di AS seawal 2019. Tetapi, kerajaan AS yang mengutamakan kepentingan politiknya telah menyembunyikan keadaan wabak, malah mengenakan sekatan ke atas saintis yang tampil memberi amaran, sehingga terlepas peluang penting untuk membendung penularan virus.

Data rasmi menunjukkan, lebih 23.19 juta warga AS melakukan perjalanan ke luar negara dengan menaiki pesawat dan pengangkutan darat sejak April 2020 hingga Mac tahun ini.

Sikap sambil lewa AS dalam mengawal perjalanan warganya menyebabkan virus COVID-19 makin luas tersebar. Amalan seumpama bagaikan “membubuh racun” di seluruh dunia.

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi AS untuk mempersalahkan pihak lain sahaja, tetapi tidak memikul tanggungjawab atas kesilapan sendiri.

Bukan itu sahaja, sesetengah politikus AS bahkan mencari kambing hitam, mempolitikkan isu pandemik dan memanipulasi siasatan asal usul virus, dengan niat memburuk-burukkan dan mengekang China.

Selain gagal menangani wabak di negara sendiri dan menyebarkan virus ke seluruh dunia, manipulasi politik AS turut menjejaskan teruk kerjasama memerangi pandemik di peringkat global.

Amalan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja membelakangi moraliti yang dijunjung masyarakat antarabangsa, malah menyebabkan begitu banyak nyawa rakyat tergadai.

张哲