Jumlah jangkitan baharu COVID-19 merekodkan 500,332 di AS pada minggu lepas, menokok 131.17 peratus berbanding minggu sebelumnya, menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
AS tetap merupakan negara yang mencatatkan kes jangkitan dan kematian paling banyak di dunia.
Namun ironiknya, negara itu diangkat oleh media domestik sebagai yang berprestasi terbaik dalam usaha melawan pandemik.
Usaha memerangi wabak di lingkungan sejagat kini mendepani cabaran serius daripada varian Delta. Namun, AS yang mendakwa dirinya mahu "mengetuai" usaha melawan wabak, sebenarnya menjadi penyumbang kepada penularan virus secara lebih berleluasa.
Pergaduhan antara parti politik AS terus mengheret usaha membendung wabak di negara itu ke arah yang salah.
Walaupun sudah lebih separuh tahun kerajaan baharu mengambil alih kuasa pentadbiran, tetapi politik mendahului sains masih berlegar di AS, sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar perubatan.
Manipuasi politik nescaya tidak membantu membendung virus, sebaliknya ia akan menjejaskan kolaborasi global.
Oleh itu, terdapat dua misi yang mencabar dalam usaha melawan pandemik pada ketika ini, iaitu menghapuskan virus COVID-19 dan mencegah “virus politik”.