Syria Hargai Sumbangan Vaksin China

2021-07-31 14:48:13  CRI
Share with:

Vaksin COVID-19 kumpulan kedua yang disumbangkan Persatuan Palang Merah China kepada Syria selamat tiba di sini pada Khamis.

Bekalan vaksin keluaran Sinopharm itu diserahkan oleh Kedutaan Besar China kepada Kementerian Kesihatan Syria.

Menteri Kesihatan, Hassan al-Ghobash merakamkan penghargaan kepada China yang terus-menerus membantu Syria membendung wabak, sambil menyifatkan ketibaan vaksin berkenaan sebagai tepat pada masanya.

Katanya, vaksin COVID-19 yang dibangunkan China telah mendapat pengesahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan terbukti berkesan dalam memberi perlindungan.

Duta China, Feng Biao menyatakan, memandangkan wabak COVID-19 masih membadai dan muncul pula beberapa varian baharu, adalah mustahak dunia memperkasa kolaborasi untuk memerangi pandemik itu.

Sejak pandemik COVID-19  tercetus di Syria, China telah menyalurkan sejumlah besar bantuan peralatan perubatan, selain berkongsi pengalaman mengenai diagnosis dan rawatan pesakit dengan pakar negara itu menerusi pautan video.

Difahamkan, kumpulan pertama sumbangan vaksin yang dihulurkan kerajaan China tiba di Damsyik pada 24 April lalu.

梁靓