Canang Kehadiran Taiwan di WHA, Sia-sia Saja

2021-07-31 15:13:52  CRI
Share with:

Akhir-akhir ini, Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan satu akta berkaitan Taiwan yang menuntut Jabatan Negara supaya menggubal strategi membantu wilayah itu mendapatkan semula identiti sebagai pemerhati Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA).

Gerak-geri yang dilakukan AS atas nama wabak COVID-19 itu bermotifkan campur tangan urusan dalaman China.

Ia bukan sahaja melanggar tiga pengumuman bersama China-AS, tetapi juga membelakangi undang-undang antarabangsa dan rukun asas hubungan antarabangsa.

Akta itu menyebut, sejak 2017, Taiwan tidak lagi dijemput ke WHA sebagai pemerhati.

Adakah ahli Senat AS benar-benar tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya?

Sejak 2009 hingga 2016, Taiwan pernah dibenarkan menghadiri WHA sebagai pemerhati dengan nama “Chinese Taipei”, selepas perundingan rentas selat berpandukan Konsensus 1992 yang berteraskan prinsip “satu China”.

Bagaimanapun, Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah Taiwan sejak 2016, menolak konsensus tersebut dan berdegil melakukan kegiatan pemisah hingga menyebabkan asas politik kehadiran Taiwan dalam WHA langsung hilang.

Oleh sebab itulah, usul Taiwan dipelawa sebagai pemerhati WHA sudah banyak kali ditolak pertubuhan antarabangsa itu.

Ini menunjukkan bahawa prinsip “satu China” merupakan konsensus global, yang tidak boleh dicabar.

Isu Taiwan berkait rapat dengan kepentingan teras China. Negara Tembok Besar itu berhak melakukan yang diperlukan untuk menangani sebarang provokasi.

Politikus AS yang berdegil bergerombol dengan aktivis pemisah Taiwan akhirnya pasti akan menelan padah.

董筱娉