36 Tapak Baharu Diiktiraf Warisan Dunia UNESCO

2021-08-01 15:32:05  CRI
Share with:

36 Tapak Baharu Diiktiraf Warisan Dunia UNESCO_fororder_0edc91be9dbfa56c41d9630a859df61

36 Tapak Baharu Diiktiraf Warisan Dunia UNESCO_fororder_31bc9895c469c6d85040c8619753ea4

Sesi ke-44 Jawatankuasa Warisan Dunia (WHC) yang melabuhkan tirai di Fuzhou, provinsi Fujian pada Sabtu, menyaksikan sebanyak 36 tapak baharu dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Antara tapak baharu itu termasuk Quanzhou, bandar pelabuhan di timur China yang berstatus sebagai emporium dunia ketika zaman Dinasti Song dan Yuan.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan tapak warisan dunia di China bertambah kepada 56.

Sesi WHC itu turut meluluskan Perisytiharan Fuzhou yang menyebut, selaku khazanah budaya dan alam, warisan dunia berperanan penting dalam menggalakkan interaksi dan saling belajar antara tamadun berbeza, di samping menyumbang kepada keamanan dunia dan pembangunan mampan.

Perisytiharan berkenaan juga menekankan tanggungjawab yang perlu digalas umat manusia untuk mengendalikan pelbagai cabaran dan melindungi warisan dunia.

Naib Menteri Pendidikan China, Tian Xuejun berkata, China bersedia bersama UNESCO dan pemeterai Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Alam Dunia memperkukuh kolaborasi antarabangsa dan membuat sumbangan lebih besar terhadap usaha pemeliharaan warisan dunia.

Difahamkan, sesi ke-45 WHC akan diadakan di Kazan, Rusia pada tahun hadapan.

梁靓