Kekang China? ASEAN Tidak Termakan Hasutan AS

2021-08-02 12:48:15  CRI
Share with:

Baru-baru ini, beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) telah mengakhiri lawatan ke Asia, antaranya termasuk Timbalan Setiausaha Negara, Wendy Sherman telah melawat Jepun, Republik Korea, Mongolia dan China,  Setiausaha Negara, Antony Blinken mengadakan lawatan ke India, manakala Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin pula bertolak ke tiga negara Asia Tenggara.  Siri lawatan tersebut mendedahkan dengan jelas muslihat AS untuk mendorong apa yang disebut strategi Indo-Pasifik secara memaksa dan membina 'Lingkaran Kekang China' .

AS telah secara terang-terangan menambah peruntukan sumber ketenteraan dan politik terhadap negara-negara Asia Tenggara yang berpendirian berkecuali, selain India dan Jepun yang berjiran dengan China. Bagaimanapun,  negara-negara Asia Tenggara  yang sudah jelas tentang kenapa AS berteriak di sekitar China, kelihatan tidak termakan hasutan negara Uncle Sam.

Pada masa ini, China dan negara jirannya yang berhasrat untuk bersama mewujudkan kedamaian dan pembangunan, mengekalkan hubungan yang baik pada keseluruhannya. Baru-baru iniu, China terlebih dahulu mengesahkan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dianjurkan ASEANdan China dengan sedapat mungkin membekalkan vaksin kepada negara ASEAN  serta menyokong negara ASEAN membina pusat pengeluaran dan pengagihan vaksin serantau. Seperti kata pepatah yang berbunyi,  'jiran yang dekat itu lebih akrab dari saudara yang jauh'. Berbanding dengan AS,  China ternyata lebih memahami hasrat dan kemahuan negara-negara jiran. Muslihat AS yang menghasut hubungan China dengan negara jiran hanya akan menjadi sia-sia sahaja.

Pihak berkuasa AS dinasihati harus mengkaji keprihatinan dan anjuran China, membetulkan salah faham dan dasar yang amat berbahaya terhadap China, jangan melihat China sebagai 'musuh khayalan', jangan bertindak 'luar bagai madu, dalam bagai empedu' yakni sambil membincangkan kerjasama sambil mencetuskan konfrontasi dengan China, dan berhenti mereka-rekakan 'Lingkaran Kekang China'. Maklumlah bahawa hubungan China-AS yang sihat dan stabil bukan sahaja selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak, tetapi juga selaras dengan hasrat bersama masyarakat antarabangsa.

曹捷