Syarikat Eropah Tidak Terlepas Dari Pasaran China

2021-08-02 13:44:48  CRI
Share with:

Sebuah artikel diterbitkan laman sesawang “Die Presse” akhbar Austria baru-baru ini memetik data diumumkan kastam China mendedahkan bahawa pengeksportan wilayah Xinjiang kepada Kesatuan Eropah (EU) pada tempoh 6 bulan tahun ini telah meningkat 131% berbanding masa  yang sama 2020. Barang pengeksportan utama termasuk kapas, produk tomato, serat buatan dan kelengkapan janakuasa elektrik berdasarkan tenaga angin.

Sejarahwan Britain, Timothy Garton Ash menunjukkan bahawa contohnya seperti syarikat Jerman, Volkswagen yang memperlihatkan “betapa tinggi kebergantungan suatu syarikat Barat terhadap pasaran China yang sememangnya tidak boleh dilepaskan dalam operasi dan perkembanganya". Pasaran China menyumbang sebanyak 40% dalam penjualan global Volkswagen yang mempunyai sebuah kilang di wilayah Xinjiang.

Menurut data statistik, pada tempoh "Rancangan Lima Tahun ke-13", nilai keseluruhan import dan eksport China meningkat 17.2%, dengan mencatat RMB 146.37 trilion (RM95.6 trilion). Syer China dalam import dan eskport antarabangsa telah meningkat dari 11.9% pada 2015 kepada 12.8% pada 10 bulan pertama 2020, antaranya pengimportan meningkat 11.5%, pengeksportan pula naik 14.2%, iaitu mencatat rekod baharu dalam sejarah. kedudukan China sebagai negara terbesar dalam perdagangan kargo di seluruh dunia kekal kukuh.

曹捷