WHO Mana Boleh Diperalatkan AS

2021-08-03 15:26:54  CRI
Share with:

WHO Mana Boleh Diperalatkan AS_fororder_微信图片_20210803121154

Amerika Syarikat (AS) berniat menjadikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) sebagai boneka kayu untuk memburukkan imej dan mengekang pembangunan China.

Ini terbukti dengan sokongan AS kepada WHO untuk melanjutkan penyelidikan terhadap asal-usul COVID-19 di lebih banyak kawasan, termasuk China.

Niat jahat AS ini pula bertopeng dengan kerjasama antarabangsa dalam kenyataan Setiausaha Negara AS Antony Blinken semasa pertemuannya dengan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus baru-baru ini.

Kabinet AS penggal lalu memutuskan untuk menarik diri dari WHO ketika pandemik COVID-19 berisiko tinggi melanda ke seluruh dunia pada bulan Mei tahun lepas. Setelah mengumumkan kembali ke WHO, kabinet AS penggal ini bukan sahaja menyorok sejumlah besar vaksin untuk kegunaan negaranya sendiri terlebih dulu, tetapi juga mengeksploitasi isu mengenai “virus COVID-19 tersebar dari makmal” untuk mengambinghitamkan China bagi mencuri perhatian umum.  

Muslihat politik AS tersebut turut mengundang kecaman keras dari sektor sains seluruh dunia.

Ahli biologi dari Bernese Switzerland, Wilson Edwards berpendapat, Washinton yang kembali ke WHO tidak pernah memberi sokongan kuat kepada usaha melawan pandemik dan menyelamat lebih banyak nyawa, sebaliknya mencetuskan pertembungan geopolitik dalam institusi antarabangsa ini.

Sekiranya seperti mana yang dikatakan oleh segelintir politikus AS mengenai peraturan, bukti dan ketelusan diperlukan dalam usaha mengesan asal usul COVID-19 di China, siasatan juga sepatutnya dijalankan pakar WHO ke atas makmal Fort Detrick di wilayah AS dan lebih 200 makmal biologi di luar negaranya.

Pihak AS digesa mengumumkan data negaranya pada peringkat awal penularan COVID-19 serta menjelaskan kenapa pihak negeri Florida menghapuskan data 171 pesakit yang menunjukkan simptom COVID-19 dan terbukti positif dalam ujian pada bulan Mei tahun lepas, dan kakitangan bank data yang bercanggah pendapat terhadap tindakan tersebut dipecat dari pos kerja.

WHO Mana Boleh Diperalatkan AS_fororder_微信图片_20210803121209

吕清