Olimpik Jepun, Siapa yang Kurang Bersemangat?

2021-08-03 08:52:07  CRI
Share with:

Siapakah Yang Kurang Semangat Olimpik?_fororder_229684052_4062004480513560_733500870534996974_n

Setelah memaparkan persembahan yang cemerlang di pentas Olimpik, Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Aaron Chia menjadi trend di China.

Ia khususnya selepas pertandingan antara Lee Zii Jia dan Chen Long apabila media sosial China mendapati ramai netizen dari Malaysia yang ikut menyertai perbincangan topik hangat ini, sehingga ramai netizen China baru tahu bahawa di Malaysia terdapat begitu ramai orang yang fasih bertutur bahasa Manderin.

Suasana sangat harmoni, dan masing-masing menilai tinggi persembahan atlet kedua-dua negara.

Semalam ketika semua orang China bergembira selepas Su Bingtian berjaya menduduki tempat keenam dalam pertandingan akhir 100 meter dan mencatat rekod individu terpantas di Asia, media China pula tidak terlupa menyampaikan tahniah kepada atlet Venezuela Yulimar Rojas yang berjaya memecah rekod dunia lompat kijang yang telah terbeku selama 26 tahun.

Inilah semangat Olimpik, menghargai “faster, higher, stronger, together”.

Tapi semangat ini tidak kelihatan di media AS dan Barat.

Ada kawan yang duduk di AS mendakwa NBC hanya menyiarkan acara yang terlibat oleh atlet AS, setiap hari membuka TV semuanya acara berenang dan kata mereka ia sangat bosan.

Yang lebih kurang sopan adalah lensa NBC hanya focus pada muka atlet AS saja dalam acara penganugerahan pingat meskipun NBC memegang hak penyiaran terbesar Sukan Olimpik Tokyo.

Selain hangat menumpukan persembahan sendiri, pelbagai media AS lebih berminat menggunakan platform Sukan Olimpik untuk menghitamkan China.

Dalam hantaran terdahulu Satria telah mengongsikan laporan kotor New York Times mendakwa “mesin sukan China hanya ada satu sasaran: lebih banyak pingat emas dengan apa juga harga” dan mengada-adakan China memaksa atlet muda melatih acara yang tidak diketahui umum.

Sebenarnya contoh seumpama ini masih banyak.

Radio Perancis Antarabangsa (RFI) mendakwa sorakan atlet badminton beregu perempuan China untuk menyuntik semangat kepada diri sendiri adalah kurang sopan santun dan melanggar semangat Olimpik.

Bagaimanapun, mereka pula dilihat secara aktif berpeluk dengan para peserta dari Jepun setelah memenangi pingat emas.

Atlet Jepun pun amat terharu. Hirota Sayaka menyatakan bahawa inilah pesona sukan, ia amat gembira berpeluang bertanding dengan atlet dari China. Rakan regunya iaitu Yuki Fukushima pula menyatakan bahawa meskipun meskipun sebagai lawan dalam pertandingan, tapi mereka bersahabat baik dengan atlet China.

Tindakan atlet China segera dilaporkan oleh banyak media Jepun dan dinilai tinggi oleh netizen kedua-dua negara.

Media AS tidak akan meminta maaf kepada atlet China atas fitnah terhadap mereka yang “kurang sopan santun dan semangat Olimpik”, sebaliknya terus mencari topik selanjutnya yang mampu digunakan menghitamkan China.

Topik selanjutnya adalah atlat gimnastik AS Simone Biles yang menarik diri dari pertandingan atas sebab peribadi dan kesihatan fizikal.

Ini hal dalaman kontinjen AS, tapi VOA menerbitkan rencana yang menyebut keputusan Simone Biles diterima dan disokong oleh orang ramai, dan mereka menyoalkan adakah atlet China juga berhak untuk menarik diri dari pertandingan Sukan Olimpik di bawah sistem pentadbiran China?

Tak sangka hanya sehari selepas itu, atlet Ping Pong China yang baru memenangi pingat perak beregu campuran mengumumkan menarik diri dari kategori berkumpulan perempuan.

Semua netizen tetap menilai tinggi usaha beliau dan menyatakan kesihatan paling penting.

Yang lebih memalukan, VOA tidak akan memberitahu dunia apa sebenarnya masalah “kesihatan fizikal” Simone Biles.

Beliau antara mangsa kes serangan seksual bekas doktor pasukan gimnastik negara AS Larry Nassar yang sudah berlarutan puluhan tahun dan melibatkan lebih 100 atlet gimnastik negara itu!

Bagaimanapun, Satria yakin niat jahat media Barat tidak mengganggu kebanyakan penonton di China, Malaysia dan dunai untuk menikmati pertandingan yang cemerlang, dan juga tidak mampu mengganggu atlet pelbagai negara termasuk China terus berjuang untuk sasaran “faster, higher, stronger, together”.

张弘