Penyiasatan WHO Terhadap AS Didesak Dijalankan Secepat Mungkin

2021-08-04 15:30:51  CRI
Share with:

"Adakah WHO perlu menjalankan penyiasatan tentang asal usul koronavirus baharu terhadap AS?” Jawapan daripada 83.1% pengguna internet dari seluruh dunia adalah “Ya!"

Baru-baru ini, Think Tank CGTN menerbitkan satu tinjauan pendapat yang berbentuk soal jawap dalam 6 jenis bahasa rasmi PBB kepada pengguna internet dari seluruh dunia.

Jawapan daripada 83.1% pengguna internet dari seluruh dunia adalah menyokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjalankan penyiasatan tentang asal usul COVID-19 terhadap AS.

AS perlu menjawab satu soalan, iaitu “Kenapa ia boleh menjangka penularan suatu penyakit berjangkit di Wuhan sebulan lebih awal sebelum tercetusnya?” Menurut laporan surat khabar “The Time of Israel”, pada November 2019, pihak tentera AS sudah berkongsi maklumat dengan Israel dan NATO yang meramalkan pandemik koronavirus bakal menular, bahkan pernah menyebut Wuhan dalam maklumat tersebut.

Sehubungan itu, media Rusia berpendapat bahawa kontinjen tentera ASlah yang membawa virus ke Wuhan tatkala menyertai Sukan Ketenteraan Sedunia pada pertengahan Oktober 2019 di China.

Walaupun laporan penyiasatan diumumkan bersama-sama WHO dan China menunjukkan virus “sangat mustahil” terbocor dari makmal China, politikus AS tetap memberi tekanan kepada WHO untuk menjalankan “penyiasatan peringkat kedua  terhadap China bagi merungkai asal usul COVID-19”. Permainan politik ini telah mengundang kecaman kuat dari masyarakat antarabangsa.

Setakat ini, hampir 70 buah negara telah menghantar surat kepada WHO untuk menentang muslihat mempolitikkan penyiasatan terhadap asal usul COVID-19.

Mengenai soalan dikemukakan CGTN tentang “Adakah badan perisikan AS menyiasat asal usul koronavirus baharu ekoran faktor politik”, 84% pengguna YouTube yang berbahasa Perancis memilih setuju. Sementara itu, data statistik didedahkan VKontakte, laman sosial terbesar Rusia pula menunjukkan sebanyak 91.86% pengguna yang berbahasa Rusia berpendapat AS menyiasat asal usul koronavirus ekoran faktor politik.

Rakyat berhak mengetahui kebenaran, inilah perkataan yang sentiasa meniti di bibir politikus AS, jika begitu, sila membuka pintu untuk menyambut penyiasatan antarabangsa dijalankan berdasarkan prinsip terbuka dan telus. Di samping itu, sebagai agensi paling profesional dalam bidang keselamatan kesihatan awam di seluruh dunia, WHO perlu mendengar permintaan netizen global untuk menjalankan penyiasatan berkenaan terhadap AS dengan secepat mungkin demi mencari kebenaran.

张宪