Fahim Bawa Impian Afghanistan ke Temasya Olimpik

2021-08-04 18:03:35  CRI
Share with:

Fahim Bawa Impian Afghanistan ke Temasya Olimpik_fororder_afh1

Fahim Anwari, perenang lelaki pertama dari Afghanistan yang layak ke Sukan Olimpik.

Walaupun gagal melangkah ke pertandingan akhir dalam acara 50m gaya bebas lelaki di Tokyo, tetapi aksi yang ditampilkannya dengan merakam masa 27.67 saat memperbaharui rekod kebangsaan yang diciptanya sebelum ini.

Aktiviti berenang tidak berapa popular di kalangan rakyat Afghanistan. Kemudahan kolam renang yang standard hanya didapati di Kabul.

Fahim Bawa Impian Afghanistan ke Temasya Olimpik_fororder_afh2

Akibat penularan wabak COVID-19, satu-satunya kolam renang yang menjadi pusat latihan Fahim juga ditutup sejak Ogos lepas.

Namun, ini bukan halangan bagi beliau terus memburu impian beraksi pada temasya Olimpik.

Fahim Bawa Impian Afghanistan ke Temasya Olimpik_fororder_afh3

Fahim turut menjalani latihan bersama jurulatihnya Qasim Hamidi di tasik Qargha, sejauh 15 kilometer dari Kabul.

Segala penat lelahnya terbalas dengan kejayaan. Atlet dari Afghanistan itu dipilih menjadi calon dalam pelan pembangunan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), dan turut menerima latihan profesional di Rusia.

董筱娉