Susuk Badan Yang Gasar, Tapi Penuh Semangat Beradab

2021-08-04 15:03:32  CRI
Share with:

Susuk Badan Yang Gasar, Tapi Penuh Semangat Beradab_fororder_su

3 hari yang lalu, Su Bingtian menjadi atlet China pertama yang mara ke perlumbaan akhir 100 meter lelaki dalam Sukan Olimpik!

Dalam separuh akhir, beliau sudah pun memperbaharui rekod Asia dengan catatan 9.83 saat, iaitu manusia ke-12 terpantas di dunia.

Selain Su, 11 atlet lain yang lebih pantas semuanya berketurunan Afrika yang berkulit hitam.

Dalam perlumbaan akhir 800 meter perempuan yang diadakan semalam, Wang Chunyu pula menjadi atlet China pertama yang melayakkan diri ke pertandingan akhir dan menduduki No.5.

Melihat kepada kejayaan atlet-atlet ini, Satria nak imbas kembali dan cerita mengenai atlet olahraga China pada 1932.

Ketika itu, Liu Changchun menjadi atlet China pertama yang menyertai Sukan Olimpik di Los Angeles, dan beliau menyertai acara 100 meter dan 200 meter.

Bagaimanapun beliau gagal memasuki pusingan kedua dengan kedudukan terakhir.

Selepas sekadar “berkunjung” dengan begitu cepat di Sukan Olimpik, beliau tidak mempunyai wang cukup untuk membeli tiket kapal balik China, dan akhirnya kembali ke Tanah Air dengan bantuan perantau China di sana.

Dalam tempoh kurang 90 tahun, susuk badan orang China diperbaiki secara drastik.

Ini mengingatkan Satria pada lebih 100 tahun yang lalu, ketika seluruh negara China masih membincangkan jalan untuk menyelamatkan negara, sudah terdapat seorang belia yang berpandangan jauh menerbitkan rencana di majalah “Belia Baharu” yang melakukan penyelidikan tentang keadaan sukan di China.

Dalam rencana tersebut, ia menyatakan bahawa negara yang lemah menjadikan susuk badan penduduknya pula semakin lemah, dan menyeru “menggasarkan susuk badan, pada masa sama mengadabkan semangat orang China”.

Penulis adalah penjaga gol terbaik dalam sekolah bahkan seluruh bandar, pernah belajar wushu, tinju, pagar Barat, bahkan belasan kali berenang menyeberangi Sungai Yangtze yang paling lebar di China.

Siapa beliau? Mao Zedong adalah gerangannya, iaitu individu yang menubuhkan Republik Rakyat China.

Sasaran rencana Pengerusi Mao tersebut bukan untuk membincangkan sukan dan cara bersenam saja, malah ia bertujuan membangkitkan orang China menguatkan susuk badan dan mengukuhkan tekad, menyelamatkan diri dan menyelamatkan negara.

Kalau beliau tahu Su Bingtian, Wang Chunyu dan pelbagai atlet China turut mencipta hasil terbaik diri bahkan memenangi paling banyak pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo, Satria yakin beliau pastinya tersenyum lebar.

Pada masa yang sama, yang lebih menggembirakan Satria adalah pencapaian “semangat beradabnya orang China” seperti apa yang dinantikan oleh Pengerusi Mao pada lebih 100 tahun yang lalu.

Susuk Badan Yang Gasar, Tapi Penuh Semangat Beradab_fororder_641

Hend Zaza berumur 12 tahun saja kali ini mewakili Tanah Airnya, Syria menyertai Sukan Olimpik Tokyo.

Beliau memenangi johan dalam pertandangan kelayakan Sukan Olimpik di rantau Asia Barat dan menjadi atlet Olimpik paling muda di Syria dalam 50 tahun yang lalu.

Bagaimanapun dengan perang dan pergolakan di negara itu serta kekurangan dana, Hend Zaza jarang mendapat peluang menyertai pertandingan antarabangsa. Berbakat tapi kurang pengalaman.

Dalam pertandingan pertamanya di Tokyo, anak ini seperti Liu Changchun yang muncul di Los Angeles pada 79 tahun yang lalu, ditewaskan dalam pusingan pertama.

Tapi beliau tetap mengimpikan untuk menjadi sekuat seperti ikonnya Ding Ning, johan dunia dari China.

Menurut beliau, ia datang ke Sukan Olimpik untuk memberitahu dunia, setiap orang berhak berjuang untuk impiannya.

Impiannya cepat akan terwujud, Jawatankuasa Olimpik China telah mengundang Hend Zaza untuk melatih di China.

Ia akan berlepas ke China selepas Sukan Olimpik Tokyo dan berkemungkinan berlatih bersama dengan ikonnya Ding Ning!

Pada 100 tahun yang lalu, China sama seperti Syria buat masa ini, lemah, mengalami perang dan campur tangan luar negara.

Tapi Satria yakin apa yang dilihat oleh Hend Zaza di China akan menyuntik keyakinan kepada beliau bagi masa depan Tanah Air.

Syria juga negara yang bertamadun lama. Ramai orang di negara itu sedang mencari jalan menyelamatkan negara. Bagi Hend Zaza, mungkin boleh bermula dari menyeru lebih ramai rakyat Syria “menggasarkan susuk badan, sambil mengawal semangat yang beradab”.

张弘