Lakuan Politikus AS Mengancam Sejagat

2021-08-05 15:16:39  CRI
Share with:

Lakuan Politikus AS Mengancam Sejagat_fororder_微信图片_20210805151609

Pada 2 Ogos lalu, anggota utama Jawatankuasa Hal Ehwal Luar bagi Parti Republikan dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Michael McCaul mengeluarkan sebuah laporan yang menyatakan bahawa ada bahan bukti dapat membuktikan virus COVID-19 terbocor daripada Institut Virologi Wuhan pada masa sebelum bulan September tahun 2019. Laporan itu sama sekali rekaan yang berdasarkan bohong dan fakta yang diputarbelitkan, dan sama sekali tidak boleh dipercayai.

Jelas sekali, selepas kumpulan pakar penyelidikan bersama China dan Pertubuhan Kersihatan Sedunia (WHO) yang bertugas merungkai asal usul virus COVID-19 mengeluarkan satu laporan yang menyatakan bahawa kebocoran virus daripada makmal sangat tidak berkemungkinan pada awal tahun ini, ada orang AS memilih lagi mencoret arang pada muka China, dan menggembar-gemburkan dengan apa cara jua 'dakwaan tentang virus terbocor dari makmal'. Lakuan yang bermacam-macam tanpa menjaga asas moral itu sememangnya membelakangi sains dan fakta, dan tidak berbeza dengan melakukan keganasan di sejagat dengan alasan merungkai asal usul COVID-19. Antaranya termasuk pihak AS yang menekankan WHO untuk menjalankan siasatan fasa kedua terhadap China mengenai asal usul COVID-19, dan menindas saintis yang mengekalkan semangat profesional. Ini telah menimbulkan kemarahan khalayak ramai dalam lingkungan global.

Pengerusi Persekutuan Kesihatan Ekologi AS,Peter Daszak sebagai pakar WHO datang ke China untuk menjalankan penyelidikan terhadap punca virus pada tahun ini. Tidak lama kemudian, dana penyelidikannya dibatalkan oleh Institut Kesihatan Nasional AS kerana beliau mengeluarkan ucapan yang adil bagi pihak China. Seorang pakar WHO lagi yang juga ahli virologi dari Rusia, Dmitry Lvov mendedahkan, ramai pakar WHO termasuk beliau sendiri sedang menghadapi tekanan daripada AS. Katanya, "Ada orang AS tidak mahu kebenaran mengenai wabak COVID-19 dinyatakan oleh ahli virologi".

Bukan permainan politik, melainkan pengetahuan sains yang diperlukan dalam penyelidikan terhadap asal usul COVID-19. Lakuan AS dilihat sedang mengancam sedunia, kerana mengganggu perjuangan manusia menangkis wabak COVID-19 berdasarkan sains. Selain itu, ada politikus AS berniat mengaitkan China atau negara Asia yang lain dengan punca virus COVID-19. Ini telah merangsang perasaan anti keturunan Asia di negara Barat termasuk AS sekali gus meruncingkan diskriminasi dan kebencian perkauman.

Pada 2 Ogos lalu, lebih 300 buah parti politik, pertubuhan masyarakat dan kumpulan pemikir dari lebih 100 buah negara dan kawasan menyerahkan satu kenyataan bersama kepada sekretariat WHO agar penyelidikan diadakan secara objektif dan adil dalam isu mengesan asal usul COVID-19 dan menentang tegas isu itu dipolitikkan. Inilah seruan bersama rakyat sedunia.

曹捷