Wang Yi Bantah AS dan Jepun Yang Memfitnah

2021-08-05 16:07:14  CRI
Share with:

Pada Sidang Menteri Luar untuk Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) Ke-11 yang diadakan malam tadi, Menteri Luar China, Wang Yi memohon bersuara untuk kali kedua sebaik saja Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memfitnah isu hak asasi manusia di wilayah Xinjiang dan Hong Kong.

Kata Wang, hal ehwal kedua-dua wilayah tersebut adalah urusan dalaman China. Perbuatan sejumlah kecil negara yang termasuk AS yang menuding jari dan bermain api fintah melalui memutarbelitkan fakta, dilihat melanggar norma asas hubungan antarabangsa, dan menjejaskan prinsip sama rata tentang kedaulatan negara. China membantah kelakuan yang keci itu setiap kali waktu nampak berlakunya.

Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, baik populasi mahupun jangka hayat purata etnik Uygur di Xinjiang dilaporkan meningkat berkaliganda, sedangkan pendapatan penduduk dan taraf pendidikan tempatan pula meningkat terus. Dengan latar belakang ini, masakan ada "genosid"? Menyentuh tentang "genosid" yang sebenar, pembunuhan besar-besaran yang dilakukan AS terhadap orang Indian barulah penghapusan bangsa, atau "genosid". Tambahan lagi, AS yang asyik melancarkan peperangan di merata-rata tempat seluruh dunia yang mengakibatkan kematian dan kecederaan khalayak ramai yang tidak berdosa, barulah penjenayah antimanusia.

AS yang menuli terhadap suara kerajaan Xinjiang dan etnik Uygur yang berulang kali menangkis perbohongan terbabit dengan baik fakta dan statistik mahupun pengalaman individu, menunjukkan keangkuhan dan kebiadaban gaya Barat yang tipikal.

Tambah beliau, Undag-undang Keselamatan Negara Melibatkan Hong Kong dan pindaan terhadap sistem pemilihan tempatan terbukti berkesan dalam memulihkan kestabilan dan menyempurnakan perlembagaan Hong Kong, sekaligus memastikan hak dan kepentingan sah penduduk tempatan dan menjamin pelaksanaan "satu negara dua sistem", sehingga 70% penduduk Hong Kong berpuas hati terhadap situasi semasa. Apa keprihatinan yang ditaruh oleh mereka yang maling berteriak maling? Adakah ingin Hong Kong kembali bergolak atau muncul semula huru-hara jalanan yang didalang kuasa "kemerdekaan Hong Kong"? Harap janganlah! Ini tidak mungkin berlaku lagi.

高蕾