Tiada Rasa Kesal di Pentas Tokyo

2021-08-05 15:54:21  CRI
Share with:

Tiada Rasa Kesal di Pentas Tokyo_fororder_ts2

China menamatkan saingan renang berirama dengan memenangi pingat perak dalam acara duet rutin bebas di Sukan Olimpik Tokyo, pada waktu malam Rabu.

Tiada Rasa Kesal di Pentas Tokyo_fororder_ts1

Tiada Rasa Kesal di Pentas Tokyo_fororder_ts3

Pasangan Huang Xuechen dan Sun Wenyan mempamerkan persembahan bertema ular yang cukup memukau dengan mengumpul 192.4499 mata, sebaik mana prestasi yang ditampilkan mereka di pentas Rio pada lima tahun lalu.

“Kali terakhir buat kami beraksi di pentas Olimpik. Baik dari aspek artistik, mahu pun teknikal, persembahan kali ini cukup mempesonakan. Saya tidak berasa kesal,” menurut Huang Xuechen berumur 31 tahun.

Veteran perenang berirama negara itu pernah mencipta kejutan apabila meraih enam pingat dalam acara berkenaan di temasya Olimpik.

Pasangannya, Sun Wenyan juga pernah merangkul tiga pingat perak pada acara berprestij dunia tersebut.

董筱娉