CAEXPO Disambut Baik Firma ASEAN

2021-08-05 15:24:16  CRI
Share with:

Sejumlah besar jenama terkenal dari negara-negara ASEAN dan negara yang terlibat dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) aktif mendaftar untuk menyertai Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-18 yang bakal berlangsung di Nanning, wilayah Guangxi, China pada 10 hingga 13 September.

Difahamkan, jumlah penyertaan syarikat dalam ekspo secara hibrid itu turut meningkat berbanding dengan edisi yang terdahulu.

Menurut penganjur, antara syarikat tersebut adalah termasuk BOH dan Julie's dari Malaysia, Syarikat Kapal Api Indonesia danPacific International Lines (PTE) Ltd Singapura.

Selain itu, ekspo kali ini akan menyediakan tiga ruang pameran termasuk ruang pameran komoditi ASEAN, ruang bandar mempesona dan ruang BRI.

Keluasan ruang pameran syarikat dari negara asing mencatat kira-kira 21 ribu meter persegi iaitu bertambah 10.5 peratus berbanding dengan tahun lalu.

Manakala, keluasan ruang pameran yang disediakan bagi negara-negara ASEAN pula adalah sekitar 12.6 ribu meter persegi, iaitu hampir sama dengan tahun lalu.

Sementara itu, ruang pameran bagi negara-negara terlibat BRI adalah seluas 9,000 meter persegi, bertambah 28.6 peratus.

Penganjur memberitahu bahawa lebih 90 peratus kerja persiapan bagi ruang BRI telah siap.

Selain negara-negara terlibat Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) seperti Pakistan, Jepun, Korea Selatan, negara-negara BRI seperti Poland serta firma dari lebih 20 negara seperti Rusia dan Perancis turut mengumumkan penyertaan masing-masing untuk ekspo kali ini.

徐国玮