China Bangunkan Sistem Diagnosis Malaria AI

2021-08-06 10:42:07  CRI
Share with:

Sistem mendiagnos parasit malaria menerusi kecerdasan buatan (AI) secara rasmi dilancarkan di Beijing baru-baru ini. Ia mampu membantu dunia, khususnya negara Afrika memerangi penyakit membawa maut itu.

Kejayaan China dalam sistem mediagnosi malaria menggunakan AI menandakan kemajuan besar dunia bagi mewujdukan sistem pencegahan dan kawalan parasit malaria.

Dengan sistem yang dibangunkan oleh Akademi Sains Ketenteraan (AMS) China itu, pengenalpastian boleh dibuat menerusi gambar yang diambil melalui telefon pintar.

Ia juga dapat mengenal pasti penyakit dengan sampel yang dikumpulkan di tempat kejadian atau jarak jauh pada masa nyata, sekali gus memberi peluang pesakit malaria untuk didiagnosis tepat pada waktunya.

Dengan kelebihan kos rendah serta kecekapan dan ketepatan yang tinggi, sistem pintar itu dapat membantu penduduk di kawasan kadar kebolehjangkitan tinggi seperti di Afrika meningkatkan pengesanan dan diagnosis pada peringkat awal, serta mengurangkan penularan dan kadar kematian.

Sejak tahun lalu, sistem itu telah digunakan di beberapa hospital rintis di Afrika dan turut mendapat komen positif para pengguna tempatan.

Menurut Teng Yue, penyelidik dari Pusat Kajian Penyakit Berjangkit Akademi Sains Ketenteraan China, diagnosis boleh dibuat dalam tempoh kurang daripada seminit.

China secara rasmi diisytiharkan bebas daripada malaria oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 Jun tahun ini.

Pada masa ini, kes malaria di seluruh dunia berjumlah kira-kira 229 juta, dan jumlah kematian tahunan sekitar 409 ribu orang, yang 94 peratus daripadanya di Afrika.

China sudah lama komited untuk lebih memperkukuh kerjasama untuk membasmi malaria dengan negara-negara Afrika, hingga berjaya mengurangkan kes dan kematian malaria di benua itu.

Menurut Song Yajun, pakar dari AMS, teknologi AI dapat berfungsi setaraf dengan pengenalpastian oleh pakar manusia dalam bidang pengenalan imej perubatan.

Jelasnya, kelebihan terbesar sistem pengesanan malaria yang dikembangkan oleh China itu adalah kemampuannya mengurangkan kerumitan pengesanan malaria menerusi aplikasi secara mudah.

覃淼