Bertindak Balas Bantah AS Jual Senjata kepada Taiwan

2021-08-06 12:24:04  CRI
Share with:

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan satu rancangan penjualan senjata kepada Taiwan yang bernilai USD750 juta (RM3.16 bilion) baru-baru ini. Sebagai pengumuman pertama tentang penjualan senjata kepada pulau tersebut setelah Joseph Biden memegang kuasa, rancangan itu dilihat sebagai campur tangan yang teruk terhadap hal ehwal dalaman China yang menjadikan kedaulatan dan keamanan negara China terjejas, dan pelanggaran perundangan dan norma asas antarabangsa, serta prinsip "Satu China" dan tiga komunike bersama China-AS, terutamanya Komunike "17 Ogos". China membantah perbuatan itu dan akan bertindak balas mengikut perkembangan terbabit.

Menurut Komunike "17 Ogos", Washington mengiktiraf bahawa hanya ada satu China di dunia, Taiwan adalah sebahagian China, kerajaan Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan sah China, di samping komited beransur-ansur mengurangkan penjualan berkenaan sehingga masalah Taiwan diselesaikan secara muktamad. Walau bagaimanapun, AS berulang kali melanggar komunike terbabit, memanfaatkan perundangan domestiknya untuk mendorong penjualan berkenaan, memberikan isyarat yang salah kepada kuasa "kemerdekaan Taiwan" sehingga menjejaskan kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan dan menegangkan hubungan kedua-dua negara.

Kerajaan Biden tidak memilih membetulkan kesalahan kerajaan Trump, sebaliknya memilih bermain api yang berisiko lebih tinggi. Sebelum ini, pesawat tentera AS sudah pun mendarat di Taiwan buat tiga kali, dan kapal tenteranya merentasi Selat Taiwan untuk tujuh kali. Jelaslah bahawa Washington baru perosak kedamaian dan kestabilan serta pencetus risiko yang paling dahsyat di kawasan Selat Taiwan.

Menyentuh isu Taiwan, negara Uncle Sam seharusnya memahami amaran China, iaitu jangan menginjak-injak "garis merah" negara ini dengan cara seperti "memotong sosej", dan jangan campur tangan terhadap urusan dalaman negara ini dengan apa jua bentuknya.

Penyatuan semula tanah air China seharusnya dan semestinya akan diwujudkan, dan tidak mungkin dapat dihalang oleh sesiapa pun serta kuasa mana pun. AS didesak segera menarik balik rancangan terbabit, dan disarankan jangan memandang rendah keazaman dan kemampuan rakyat dan tentera China untuk membela kedaulatan negara dan keutuhan wilayah. Sebarang provokasi berbahaya yang menyokong kuasa "kemerdekaan Taiwan" untuk memecahbelahkan tanah air pasti akan membayar harga yang mengerikan.

高蕾