Petisyen Sarjana Filipina untuk Siasat Makmal Fort Detrick

2021-08-06 13:57:26  CRI
Share with:

Petisyen Sarjana Filipina untuk Siasat Makmal Fort Detrick_fororder_eaae7f0cb2de4d83b99730b571c6e5e6_16x9

Petisyen Sarjana Filipina untuk Siasat Makmal Fort Detrick_fororder_1a1b6a8a33ad4b828edcbb37267d26f0_16x9

Beberapa orang sarjana Filipina mengadakan kempen petisyen dalam talian untuk mengumpulkan tandatangan yang mencukupi bagi menyeru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjalankan penyiasatan terhadap makmal Fort Detrick AS. Pada hari yang sama, bekas pegawai penerangan Kedutaan Besar Filipina di AS pula menerbikan buku baharunya yang bertajuk “tiada vaksin mampu menangkis virus fahaman rasis” untuk menyeru jangan mempolitikkan usaha mencari asal usul COVID-19.

Petisyen Sarjana Filipina untuk Siasat Makmal Fort Detrick_fororder_05e0b5f54a36472eafb6875194527143_16x9

Salah seorang penganjur petisyen tersebut yang juga pengulas politik terkemuka di Filipina, Herman Tiu Laure menyatakan makmal Fort Detrick masih dianggap satu misteri. Setelah Fort Detrick ditutup ekoran masalah keselamatan pada Ogos 2019,  “pneumonia akibat hisap rokok elektronik” yang misteri dilaporkan muncul di AS. Banyak fenomena membuktikan makmal tersebut “sangat berbahaya”.

Petisyen Sarjana Filipina untuk Siasat Makmal Fort Detrick_fororder_0752fe0c059f4b319ec33dc744712019_16x9

Selain itu, banyak laporan mendedahkan koronavirus baharu sudah dikesan daripada sampel sebelum penghujung 2019 di beberapa negara. Sehubungan itu, Herman menyeru usaha mencari asal usul koronavirus baharu yang diterajui WHO perlu memperluas skala penyiasatan yang merangkumi makmal Fort Detrick.

Petisyen tandatangan ini dimulakan dari 4 Ogos lalu, dan akan diiktiraf oleh pihak pengendali portal sekiranya jumlah tandatangan yang dikumpulkan dapat melebihi 100.

张宪