Atlet China Teladan Kawalan Wabak di Arena Olimpik

2021-08-06 15:17:12  CRI
Share with:

Atlet China Teladan Kawalan Wabak di Arena Olimpik_fororder_610bbcc78e9f09736169bc84_1024

Bukan rezeki Ratu terjun Pandalela Rinong semalam untuk menyumbang pingat buat Malaysia.

Sebaliknya, emas bagi acara terjun papan anjal 10 meter kategori wanita di Olimpik Tokyo itu berpihak kepada Quan Hongchan yang hanya berumur 14 tahun dan ia merupakan kali pertamanya menyertai pertandingan antarabangsa.

Dalam lima terjunan, Hong Chan mendapat 3 pungutuan sempurna

Tetapi, yang mencuri tumpuan dunia adalah kenyataan Hongchan ketika diwawancara selepas pertandingan.

Meskipun dipanggil genius, Hongchan merendah diri dengan menyatakan dirinya amat bodoh, cuma tahu perlu rajin melatih saja.

Dengan keadaan ibunya yang tidak sihat, bonus Olimpik akan banyak membantu mengubati ibunya.

Awal tadi Satria tulis bahawa ini adalah kali pertama Hongchan menyertai pertandingan antarabangsa.

Sebenarnya, ini juga rezekinya untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo yang telah ditunda selama setahun kerana jika temasya itu berlangsung mengikut jadual asal, tidak mungkin Hongchan dapat menyertainya berikutan umur minimum yang ditetapkan bagi acara terjun iaitu 14 tahun.

Seperti apa yang dikatakannya, kejayaan adalah hasil daripada kerajinan. Jika anda nak tahu, setiap hari ia berlatih lebih 400 kali terjunan!

Jurulatih Pandalela Rinong pula mengakui bahawa disebabkan China baik pulih dari pandemik COVID-19 dengan lebih awal, mereka mempunyai lebih banyak masa untuk bersiap dan melatih, ini juga akan menjadi satu unsur positif bagi pasukan terjun China.

China mampu baik pulih dari pandemik dengan lebih awal disebabkan setiap orang mematuhi kawalan wabak dengan ketat.

Ketika atlet-atlet negara Barat dilaporkan melanggar kawalan wabak tuan rumah Jepun, keluar dari kampung atlet bahkan berlaku jangkitan berramai-ramai dalam kontinjen Greece, atlet China selalu menjadi teladan kawalan wabak di arena Olimpik.

Atlet China Teladan Kawalan Wabak di Arena Olimpik_fororder_30288adf115a3dd87ee2eab981ceaf14

Waiman dalam siaran langsang, seluruh dunia menjadi saksi gelagat atlet ping pong China Chen Meng yang membantu rakannya, Sun Yingsha untuk memperbetul pemakaian pelitup muka.

Selain insiden itu, terdapat juga momen apabila selepas pertandingan alang imbangan, perkara pertama yang diminta pemenang pingat emas Guan Chenchen adalah diberikan pelitup muka.

Pemenang pingat emas angkat berat China, Li Fabin diminta oleh jurugambar untuk melepaskan topeng ketika acara penganugerahan pingat. Tapi, beliau kelihatan jelas mengawal pernafasan hingga tamatnya penggambaran dan segera memakainya semula dengan cepat.

Pencipta rekod 100 meter Asia, Su Bingtian pula tidak lekang memakai pelitup muka ketika menerima wawancara media meskipun memang susah bernafas kerana baru tamat perlumbaan yang dahsyat.

Kini ramai atlet China telah menyelasaikan misi masing-masing dan kembali ke Tanah Air.

Melalui video dan gambar yang dimuat naik mereka di media sosial, Satria mendapati mereka selalu mengawal perlindungan ketat sejak berlepas dari Jepun.

Setelah tiba di China, mereka terus dijemput oleh staf kawalan wabak yang memakai pakaian pelindung dan dihantar ke hotel untuk mengadakan kuarantin selalu 21 hari.

Meskipun lebih 91 peratus anggota kontinjen China telah menamatkan dua dos vaksin sebelum berlepas ke Tokyo, dan ia nampaknya mereka langsung tidak melonggarkan kesedaran kawalan wabak.

Bagi Satria, ini adalah sebab mengapa latihan sukan dan sosioekonomi China mampu dipulihkan mendahului dunia dan pada masa sama turut menyumbang lebih banyak pingat emas kepada China.

张弘