Tempoh Moratorium Tamat, Nelayan China Peroleh Hasil Memuaskan

2021-08-06 13:24:58  CRI
Share with:

Nelayan di pantai timur China memperoleh hasil lumayan pada tangkapan pertama mereka setelah berakhirnya tempoh moratorium selama tiga bulan.

Terletak di Linhai, provinsi Zhejiang, Pelabuhan Donggang pada Ahad memperlihatkan suasana sibuk susulan aktiviti perikanan kembali bermula.

Jin Caiyu, seorang nelayan menyatakan, tangkapan pertamanya telah ditempah terlebih dahulu oleh penjual. Pada kali ini, beliau telah menangkap ikan, udang dan ketam.

Pusat Akuatik Antarabangsa Zhoushan yang sunyi selama beberapa bulan, kini kembali dipenuhi penjual dan pembeli ketika kapal nelayan kumpulan pertama kembali.

Menurut Li Song yang merupakan ketua sebuah syarikat produk akuatik di Zhoushan, pihaknya telah menunggu di dermaga itu sejak awal pagi dan sudah menerima pesanan untuk ribuan kilogram ketam.

Katanya, harga ketam tahun ini lebih rendah berbanding tahun lalu berikutan peningkatan pengeluaran sebanyak 20 peratus.

胡星