AS, 'Tukang Karut' Yang Bersuara Untuk Aktivis Hong Kong

2021-08-07 14:57:02  CRI
Share with:

Pada 5 Ogos waktu tempatan, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menyiarkan perkataannya dalam media sosial yang menyatakan bahawa menurut arahan Presiden AS tentang “menunda pelaksanaan perintah meluarkan warga asing dari AS secara paksa”, negara itu akan membekalkan 'tempat selamat' kepada 'mereka yang menakut kembali ke Hong Kong'.

Apa tujuan sebenar segelintir politikus AS yang berbuat sedemikian? Jawapannya jelas sekali.

Sejak Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Hong Kong dilaksanakan pada lebih setahun yang lalu, masyarakat Hong Kong berjaya dibawa kembali ke landasan pembangunan dan kemakmuran.

Bagaimanapun, segelintir politikus AS tidak mahu begitu mudah mengakui kalah, dan turut bermain muslihat secara kecil-kecilan, termasuk mengeluarkan apa yang disebut amaran perniagaan terhadap Hong Kong, berlagak menjalankan sekatan terhadap sejumlah pegawai China, dan menunda selama 18 bulah terhadap sesetengah orang Hong Kong yang akan dihantar balik. Apa yang dilakukan AS hanya adalah untuk menyokong anasir anti-China dan mengacau-bilaukan Hong Kong, dan berniat melalui cara tersebut terus menggugat  Hong Kong sehingga mengekang pembangunan China.

Jadi inilah persoalannya, siapa yang menakut kembali ke Hong Kong? Ternyata justeru mereka yang menakut menghadapi hukuman undang-undang. Menurut penjelasan kerajaan pusat China, Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Hong Kong berperanan menghukum suspek yang disabitkan kesalahan dalam empat bidang iaitu pemisahan negara, subversi untuk menggulingkan pemerintahan negara, mendalangi kegiatan keganasan serta bersubahat dengan kuasa asing untuk mengancam keselamatan negara. Maka, orang Hong Kong yang tidak terlibat dalam keempat-empat jenayah tersebut sama sekali tidak perlu takut pulang. 'Tempat selamat' yang dikatakan akan disediakan AS sebenarnya adalah suaka yang diberikan kepada mereka yang menggugat kestabilan dan kemakmuran Hong Kong.

Menurut tinjauan Institut Bauhinia pada penghujung Jun lalu, 75.7% penduduk Hong Kong yang menerima tinjauan itu berasa puas hati terhadap hasil pelaksanaan Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Hong Kong.

Menghadapi hasil tinjauan tersebut, apa yang dilakukan segelintir politikus AS hanya akan menjadi sia-sia saja. Klise yang meniti di bibir mereka yang berbunyi “berdiri bersama-sama dengan orang Hong Kong” terus mendedahkan muslihat mereka yang bertopeng budiman untuk mengacau-bilaukan Hong Kong. Politikus AS yang terbabit dinasihati sebaiknya bertindak terlebih dahulu untuk menyediakan 'tempat selamat' kepada warganegaranya yang sedang menderita malapetaka daripada wabak COVID-19 dan pelbagai masalah masyarakat yang lain.

曹捷