AS Amuk Mereka-reka Fiksyen Memfitnah China

2021-08-07 16:44:36  CRI
Share with:

CNN menyiarkan satu apa yang disebut 'liputan ekseklusif' kelmarin yang menyebut badan perisikan Amerika Syarikat (AS) telah memperoleh sebuah "khazanah" data gen yang merangkumi data gen dari makmal Wuhan, yang akan dijadikan kunci dalam merungkai asal usul COVID-19 apabila kod berkenaan ditafsirkan. Bagaimanapun, tarikh dan saluran pemerolehan maklumat tersebut tidak didedahkan.

Berlagak tanpa bukti yang sebenar, laporan CNN itu ternyata bertujuan mengalihkan perhatian umum kepada makmal Wuhan dan berulang memfitnah China. Perbuatan seumpama itu adalah modus operandi media Barat yang sudah menjadi kebiasaan. Contohnya, pada Mei lalu, akhbar The Wall Street Journal telah mereka-reka cerita tentang tiga orang kakitangan makmal Wuhan dijangkiti virus pada November 2019.

Selain badan perisikan dan media, segelintir politikus AS juga buru-buru muncul untuk melabelkan China dengan fitnah rekaan mereka.

Anggota Dewan Perwakilan AS, Michael McCaul melancarkan apa yang disebut versi terkini 'laporan mengesan asal usul koronavirus baharu' pada Isnin, yang menggembar-gemburkan "dakwaan tentang virus terbocor dari makmal Wuhan". Penerangan yang penuh dengan kesilapan dan kesimpulan yang kekurangan rujukan yang menyakinkan, menjadikan laporan setebal lebih 80 halaman itu tidak masuk akal. Ahli Akademi Sains Rusia, Gennady Onishchenko mengulas, laporan AS yang kekurangan data asal itu tidak terlingkung dalam penguatkuasaan undang-undang, dan hanya boleh disifatkan sebagai cerita fiksyen sahaja.

Memanipulasi media massa, mengelirukan pendapat umum, dan mereka-reka bukti bagi mengambinghitamkan China, inilah apa yang dilakukan oleh beberapa sektor AS yang amuk memfitnah China.

Kini, varian menjadi perangsang baharu dalam penularan wabak COVID-19 sehingga jumlah keseluruhan kes yang sudah dikesan dalam lingkungan sejagat memecahkan 200 juta. Pada masa yang kritikal ini, menangani wabak dan menyelamatkan nyawa barulah tugas yang paling cemas. Justeru, Beijing mengumumkan kelmarin, akan membekalkan 2 bilion dos vaksin dan menyediakan USD100 juta (RM422 juta) kepada COVAX, bagi mengagihkan vaksin kepada negara membangun, yang dipandang sebagai sumbangan baharu China untuk kerjasama membendung wabak global.

Adakah Washington yang menagih permainan politik boleh memikul tanggungjawab antarabangsa seperti Beijing? Mereka-reka cerita fiksyen tidak dapat menyelamatkan negara sendiri dan seluruh dunia. Menghotmati ilmu sains, mengintensifkan perpaduan dan kerjasama, barulah pilihan yang tepat bagi memenangi perjuangan yang menentukan nasib umat manusia. Bangunlah Uncle Sam!

高蕾