Alat Perayau Zhorong Jelajah 800 Meter di Marikh

2021-08-07 14:13:21  CRI
Share with:

Alat Perayau Zhorong Jelajah 800 Meter di Marikh_fororder_微信图片_20210807120727

Setakat 6 Ogos lalu, alat perayau Marikh China, Zhurong telah bekerja di permukaan planet itu selama 82 hari dengan menyelesaikan perjalanan kumulatifnya sejauh 808 meter.

Menurut Jabatan Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA),  alat perayau Zhurong sedang menjelajah di permukaan Marikh yang mempunyai landskap yang kompleks di mana terdapat banyak batu, lubang dan bukit pasir.

Menurut maklumat berkenaan, alat pengorbit telah beroperasi selama 379 hari mengikut orbitnya dan pelbagai sistem beroperasi dengan baik.

曹捷