AS Digesa Henti Campuri Urusan HK

2021-08-09 15:36:03  CRI
Share with:

Memorandum Amerika Syarikat (AS) menyerang dan menghitamkan nama Undang-Undang Keselamatan Negara di Hong Kong (HK) dan dasar pentadbiran kerajaan pusat China terhadap HK. Dokumen itu sekali lagi memperlihatkan campur tangan secara kasar AS terhadap urusan HK dan urusan dalaman China. China menzahirkan ketidakpuasan dan bantahan keras terhadap tindakan AS tersebut dan telah mengemukakan representasi kepada Washington.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan tentang penandatanganan memorandum oleh Presiden, Joseph Biden yang melibatkan HK.

Biden pada Khamis lalu menandatangani memorandum yang mengutuk Undang-Undang Keselamatan Negara di HK dan menuduh undang-undang itu mencabul hak dan kebebasan penduduk di wilayah itu. Biden juga mengarahkan untuk menunda penghantaran pulang sejumlah penduduk HK dari AS selama 18 bulan serta memberikan“perlindungan” kepada penduduk HK yang "dirampas" kebebasan.

Hua berkata, penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang keselamatan tersebut telah menyempurnakan lagi sistem undang-undang HK, memulihkan keselamatan dan kestabilan serta menjamin hak dan kepentingan penduduk di wilayah itu.

Beliau menjelaskan, AS memberikan“perlindungan” kepada penduduk HK sama sekali tidak masuk akal, sebaliknya tindakan menyokong anasir pengacau HK, merosakkan kemakmuran dan kestabilan HK serta menyekat pembangunan China. China menuntut AS menghormati kedaulatan China, menaati undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa, menghentikan campur tangan terhadap urusan HK dan sistem undang-undang serta urusan dalaman China. Kalau tidak, langkah AS pasti akan menjejaskan kepentingannya sendiri di HK.

徐国玮