Xi Utus Kawat Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-56 Penubuhan Republik Singapura

2021-08-09 11:49:43  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Halimah Yacob sempena sambutan ulang tahun ke-56 penubuhan republik itu hari ini.

Xi menyatakan bahawa rakyat Singapura melakar hasil cemerlang dalam pembangunan negara, pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial dalam 56 tahun lalu.

Dalam menghadapi pandemik COVID-19, China dan Singapura bergabung tenaga memerangi wabak dan memperkukuh kerjasama bertahap tinggi, sekali gus memperlihatkan hubungan kedua-dua negara ini yang bervisi, berstrategik dan berperanan demonstrasi.

Xi mengatakan, China mengutamakan hubungan dengan Singapura dan komited melonjakkan hubungan ini ke satu tahap lebih tinggi demi memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

覃淼