Jawatankuasa Pusat PKC, Dewan Negara Ucap Tahniah kepada Kontinjen China

2021-08-09 14:04:28  CRI
Share with:

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Dewan Negara mengutus kawat tahniah kepada kontinjen China yang mencapai prestasi cemerlang sempena Sukan Olimpik ke-32 pada Ahad.

Menurut kawat itu, atlet China beraksi cemerlang dengan meraih 38 pingat emas, 32 pingat perak, dan 18 pingat gangsa 18, memenangi kegemilangan untuk rakyat dan tanah air.   

Kawat itu menyebut bahawa rakyat China kini berusaha gigih untuk merealisasikan matlamat seratus tahun kedua. Para atlet China diharap terus mewariskan tradisi sukan yang cemerlang, meningkatkan lagi daya komprehensif China dalam acara sukan kompetitif, memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menyertai aktiviti sukan, mendorong perkembangan sukan dalam seluruh kalangan rakyat, dan menyumbang kepada kebangkitan nusa dan bangsa China serta menjadikan impian China kenyataan.  

胡星