Penstriman Langsung Saksikan Ledakan Industri Buah di Aksu

2021-08-09 12:56:43  CRI
Share with:

Kaedah jualan melalui penstriman langsung serta strategi pemasaran baharu digunakan bagi membolehkan kaum tani di Wilayah Autonomi Xinjiang di barat laut China menjual buah segar dan hasil pertanian ke tempat lain di seluruh negara.

Berbaki tiga bulan sebelum musim memetik buah epal tiba, sebuah ladang epal di kawasan Aksu yang diusahakan Xia Zhoufeng dan suaminya kini bersedia dengan ledakan bisnes penstriman langsung selepas beberapa buah telefon pintar telah dipasang.

Menurut Xia, sejak kaedah jualan baharu itu diguna pakai tujuh tahun lalu, penjanaan pendapatan didapati melonjak tinggi sehingga mampu mencapai 40 peratus.

Terdahulu menurutnya, buah-buahan keluaran Xinjiang jarang ditemui di wilayah lain di China, susulan perjalanan yang jauh dan keadaan logistik yang kurang maju.

Namun, keadaan itu berubah apabila gergasi e-dagang Alibaba yang berpangkalan di provinsi Zhejiang, menjalin usaha sama dengan wilayah Xinjiang menerusi program “sepuluh bandar, seratus kedai”.

Antara lain termasuk 10 daerah di Zhejiang terpilih untuk membina gudang penyimpanan produk kawasan Aksu, selain menyediakan 100 lokasi promosi produk berkenaan.

Data menunjukkan, sejak 2020 hingga Jun 2021, terdapat 350,000 tan hasil pertanian dari Aksu dijual secara dalam dan luar talian menerusi saluran kendalian provinsi Zhejiang, dengan nilai jualan melepasi USD770 juta (RM3.2 bilion).

董筱娉