Iktibar Olimpik Tokyo

2021-08-09 14:52:13  CRI
Share with:

Tahniah kepada Tokyo yang telah berjaya menganjurkan Sukan Olimpik dengan situasi yang serba mencabar!

Ia memberi platform kepada para atlet untuk mewujudkan impian, dan pada masa sama menyuntik semangat perjuangan kepada dunia yang menghadapi pandemik ketika ini.

Sepanjang Olimpik Tokyo ini juga, pelbagai cerita menarik yang Satria dah kongsikan. Jadi untuk edisi terakhir ini, Satria nak kongsi secara pukal beberapa cerita lagi sebagai penutup.

Iktibar Olimpik Tokyo_fororder_0809a.JPG

Salah satunya ialah cerita Greysia Polii, pemain badminton beregu wanita Indonesia yang menangis selepas menewaskan China menjadi johan Olimpik.

Cerita Greysia ini sangat membuatkan Satria terharu.

Selepas menang, beliau menangis kerana terkenangkan pemergian abangnya beliau pada bulan Disember lalu.

Mengikut cerita beliau, abang kandungnya yang berusia 18 tahun lebih tua berbading beliau diibaratkan seperti ayah setelah ayah, tapi meninggal dunia sehari selepas upacara pernikahan Greysia.

Ibarat jatuh ditimpa ketika itu, selepas pemergian beliau Rickettsia (abangnya), beberapa anggota keluarga Greysia turut dikesan positif COVID-19.

Bagi Satria, meskipun kita kesedihan dalam pandemik ini, tapi ia juga mampu menjadi pembakar semangat agar kita dapat berjuang mencapai sasaran lebih tinggi.

Ketika menyaksikan Greysia Polii berlutut dan menangis, lawannya dari China iaitu Chen Qingchen dan Jia Yifan segera pergi memeluknya, memberitahu Gerysia ia telah memenangi pingat emas Olimpik, dan beliau sepatutnya tersenyum.

Iktibar Olimpik Tokyo_fororder_6609c93d70cf3bc791c81ef820e361a9cf112ac2

Selain cerita Greysia, Satria turut terharu atas kejayaan Javad Foroughi yang memenangi pingat emas pistol angin 10 meter.

Siapa sangka, jejaka ini sebenarnya merupakan seorang jururawat di Iran dan beliau baru menerima latihan profesional mulai tahun 2017.

Lebih menarik, sejak tercetusnya pandemik, Javad yang bekerja di hospital telah dua kali terjangkit oleh COVID-19.

Selepas sesi menerima pingat, Javad ketika menerima wawancara media menyatakan bahawa sebagai sorang jururawat, beliau nak ambil peluang tersebut dengan mengingatkan bahawa seseorang individu hanya akan bebas dari jangkitan sekiranya mematuhi kawalan wabak, sekali gus memulihkan dunia.

Bukah hanya terharu oleh semangat berjuang para pemenang pingat emas, Satria juga amat gembira menyaksikan masyarakat China yang lebih matang menikmati “faster higher stronger together” dalam Sukan Olimpik.

Setelah tiga kali gagal dalam percubaan, atlet angkat berat Belgium iaitu Nina Sterckx, 19, kelihatan duduk bersendirian dan membiarkan air mata mengalir keluar.

Situasi itu telah menyentuh ramai netizen China. Ramai antara mereka memberi sokongan kepada Nina dengan cara masing-masing. Dalam gambar yang dicipta oleh pelukis kartum China, Nina menjadi Puteri Disney yang sangat disayangi.

Sikap peramah netizen China diterima baik oleh Nina Sterckx yang kemudiannya memuat naik gambar-gambar yang dihasilkan netizen China di akaun Instagramnya dan menyatakan ribuan terima kasih atas sokongan mereka.

Satu lagi cerita adalah tentang Hend Zaza yang hanya berumur 12 tahun saja untuk mewakili Tanah Airnya, Syria menyertai Sukan Olimpik Tokyo.

Beliau memenangi johan dalam pertandangan kelayakan Sukan Olimpik di rantau Asia Barat dan menjadi atlet Olimpik paling muda di Syria dalam 50 tahun yang lalu.

Bagaimanapun, dengan perang dan pergolakan di negara itu serta kekurangan dana, Hend Zaza jarang mendapat peluang menyertai pertandingan antarabangsa. Berbakat tapi kurang pengalaman.

Dalam pertandingan pertamanya di Tokyo, anak ini, ditewaskan dalam pusingan pertama. Tapi beliau tetap mengimpikan untuk menjadi sekuat seperti ikonnya Ding Ning, johan dunia dari China.

Menurut beliau, kehadirannya ke Sukan Olimpik adalah untuk memberitahu dunia bahawa setiap orang berhak berjuang untuk impiannya.

Akhirnya, impiannya bertukar menjadi reality apabila Jawatankuasa Olimpik China telah mengundang Hend Zaza untuk berlatih di China.

Ia akan berlepas ke China selepas Sukan Olimpik Tokyo dan berkemungkinan berlatih bersama dengan ikonnya Ding Ning!

Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah menjadi kenangan yang unik dan indah bagi setiap orang. Jumpa lagi di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022!

Semoga dengan semangat perjuangan yang disuntik oleh para atlet, kita mampu mengatasi pandemik dan duduk dalam stadium untuk menikmati pertandingan mereka pada tahun depan.

张弘