Yangzhou Pertingkat Tinjauan Epidemik, Bendung Varian Delta

2021-08-09 11:51:06  CRI
Share with:

Sekumpulan tenaga pakar dari sembilan bandar di provinsi Jiangsu, China menghulurkan bantuan profesional di bandar Yangzhou khusus memfokuskan penularan wabak COVID-19 varian Delta.

Usaha berkenaan melibatkan lebih 300 orang penyelidik epidemik dan anggota polis yang kini bekerja siang dan malam untuk melakukan tinjauan di Yangzhou.

Dengan menggunakan pelbagai teknologi canggih, usaha itu menyasar mengetahui punca kejadian jangkitan selain melihat sama ada ia akan menjangkiti individu lain atau sebaliknya menerusi analisis data raya.

Difahamkan, tinjauan dijalankan menggunakan dua kaedah iaitu menerusi telefon untuk berkomunikasi sepenuhnya dengan individu yang dijangkiti COVID-19, atau berada di lapangan bagi menyiasat lokasi yang terdapat kes jangkitan.

Menurut laporan, hasil kerjasama pelbagai pihak, kerja siasatan rantaian jangkitan dapat dijalankan dengan lebih efisien.

Kini, anggota penyelidik mampu mengumumkan maklumat penting dalam masa satu jam berkaitan kes jangkitan baharu, individu yang dianggap kontak rapat, serta masa dan lokasi jangkitan itu berlaku.

Untuk rekod, sejak jangkitan COVID-19 akibat varian Delta dikesan, sebanyak empat pusingan program ujian saringan telah dilaksanakan di bandar Yangzhou.

Pada Sabtu, sebanyak 36 kes jangkitan baharu dilaporkan di bandar itu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pada gelombang jangkitan baharu kali ini sebanyak 308 kes.

张哲