AS Digesa Batal Tekanan terhadap Iran

2021-08-10 13:11:27  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa membatalkan dasar sekatannya terhadap Iran yang diamalkan sejak pemerintahan Donald Trump.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Iran, Said Hatibzade semalam.

Menurutnya, AS perlu menyedari dasar itu sudah gagal dan mengubah pendekatan ini, kalau tidak, ia tidak akan membantu rundingan yang berkaitan untuk meneruskan pelaksanaan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran.

Sementara itu, jurucakap itu menegaskan, pihaknya tidak menerima sebarang kandungan yang tidak selaras dengan perjanjian nuklear Iran.

覃淼