Sukan Olimpik Paling Mencabar Berakhir, "Together" Makin Signifikan

2021-08-10 15:21:13  CRI
Share with:

Sukan Olimpik Paling Mencabar Berakhir, "Together" Makin Signifikan_fororder_微信图片_20210810151108

Sukan Olimpik ke-32 berakhir di Tokyo, Jepun pada Ahad malam. Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menyifatkan Sukan Olimpik kali ini sebagai temasya yang paling mencabar, sekali gus memberikan keyakinan kepada insan terhadap masa hadapan.

Sukan Olimpik ini ditunda setahun dan diadakan tanpa penonton akibat pandemik COVID-19. Sukan Olimpik yang pertama kali diadakan sejak "together" dimasukkan dalam moto Olimpik ini menjadikan temasya tersebut lebih bermakna dan meninggalkan banyak kejutan dan fikiran kepada dunia.

Dilihat dari segi sukan kompetitif, walaupun latihan fizikal atau mental atlet di seluruh dunia terganggu sedikit sebanyak akibat wabak, namun mereka tabah mengatasi kesulitan dan menunjukkan prestasi yang terbaik.

Ditinjau dari kutipan pingat pula, sebanyak 93 kontinjen meraih pingat dan 65 kontinjen berjaya memperoleh pingat emas. Ini menyaksikan peningkatan taraf sukan kompetitif sejagat. 

Kontinjen China telah mencapai prestasi yang amat menakjubkan dengan merangkul 88 pingat termasuk 38 emas. Ini bukan sahaja memperlihat peningkatan taraf sukan kompetitif dan pembangunan sukan di China, malah menunjukkan tenaga China dan mentafsirkan semangat Olimpik dan semangat sukan bangsa China kepada dunia.

Menjelang temasya sukan di Tokyo, IOC menambah kandungan baharu "together" dalam moto Olimpik dan menyuntik konotasi baharu terhadap semangat Olimpik.

Tiada pulau yang tertutup di dunia. Dalam menghadapi pelbagai cabaran seperti perjuangan melawan wabak, memulihkan ekonomi sejagat dan menangani perubahan iklim, masyarakat antarabangsa perlu mencari persamaan, mengetepikan perbezaan di samping meningkatkan perpaduan. Inilah juga sumbangan Olimpik kontemporari untuk "mendorong keharmonian insan, bersama-sama membina dunia yang indah".

徐国玮