Teknologi Canggih Permudah Latihan Bersasar Atlet China

2021-08-10 15:54:50  CRI
Share with:

Teknologi canggih yang diguna pakai skuad terjun negara China semasa latihan berjaya membantu pasukan itu merangkul tujuh pingat emas dan lima pingat perak di pentas Olimpik Tokyo.

Hanya diperuntukkan masa selama dua saat sahaja untuk meninggalkan papan anjal sehingga menyentuh permukaan air, penerjun perlu melengkapkan aksi rumit sepantas mungkin.

Demi meningkatkan tahap latihan, skuad terjun negara bersama gergasi enjin carian internet China, Baidu berjaya menghasilkan sistem latihan yang mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Sistem itu boleh membuat analisis aksi penerjun secara lebih terperinci dan teliti, serta dapat membantu penerjun menambah baik prestasinya.

Dengan menyediakan analisis kuantitatif, sistem canggih tersebut memudahkan jurulatih memberi bimbingan lebih bersasar kepada atlet.

Jurutera sistem latihan berkenaan, Fei Xiang menyatakan, teknologi banyak membantu dalam peningkatan prestasi atlet.

Menurut beliau, analisis kuantitatif dalam bentuk digital yang diperoleh berasaskan pengalaman dan model latihan, boleh menjadi rujukan dan panduan saintifik buat atlet.

Selain itu, makmal terowong angin yang digunakan dalam bidang aeroangkasa turut diperkenal untuk menyediakan sokongan teknikal kepada pengayuh, peluncur angin dan perenang semasa sesi latihan.

董筱娉