Kecewa Atas "Penyelidikan" MEDIAPART

2021-08-10 16:49:45  CRI
Share with:

Kecewa Atas "Penyelidikan" MEDIAPART_fororder_5c303731892854edd23a7e1eac3d7b55ccc89c0f

Media Perancis Mediapart baru-baru ini menerbitkan rencana yang mendakwa kerajaan China menyembunyikan keadaan sebenar di makmal Wuhan dan rencana tersebut dikutip oleh banyak media Barat.

Bagi yang belum kenal, Mediapart adalah satu media internet yang tersohor dengan berita penyiasatan. Meskipun begitu, agensi tersebut tidak pernah menempatkan wartawan di China.

Jadi, Satria musyikil bagaimana mereka lebih cepat berbanding badan perisiskan AS yang dihantar Joe Biden untuk mengeluarkan laporan mengenai makmal Wuhan?

Bersungguh-sungguh Satria membaca “laporan” tersebut, tapi akhirnya Satria berasa kecewa dengan media penyiasatan tersebut.

Selain mengulangi pelbagai khabar angin yang tersebar dengan agenda politik AS, pandangan baharu yang dikemukakan oleh Mediapart adalah laporan penyelidikan populasi yang diumumkan oleh Jabatan Statistik Negara China pada bulan Mei ini tidak mengandungi data kematian tahun 2020.

Menurut Mediapart, oleh itu ia tidak boleh dibandingkan dengan data tahun 2019 untuk mendapatkan jumlah kematian COVID-19 yang sebenar di China.

Menggunakan sebahagian data dari pihak kerajaan China untuk menjadikan pendirian mereka nampaknya lebih meyakinkan, ini taktik yang kerap kali digunakan oleh media Barat ketika menghitamkan China.

Laporan yang dikutip oleh Mediaparti ini tajuknya adalah “Laporan Penyelidikan Populasi Negara Ke-7”.

Ya, ia memang tidak mengandungi data kematian tahun 2019, sebab ini bukan diadakan setiap tahun!

Laporan Penyelidikan Populasi Negara Ke-6 diumumkan pada tahun 2012. Setelah membaca lapoaran tersebut di laman web Jabatan Statistik Negara China, Satria mendapati laporan ini pun hanya mengandungi jumlah kematian antara tahun 2009 hingga 2010 saja.

Perbandingan antara tahun 2019 dengan 2009 mampu mendedahkan jumlah kematian COVID-19 sebenarnya di China?

Wow, Satria amat kagum atas “kemampuan penyaisatan”wartawan Mediapart!

Satria pun tidak mendapat data kematian China pada tahun lalu. Tapi Satria tidak akan mempersoalkan data COVID-19 yang diumumken oleh kerajaan. Sebab Satria telah menyaksikan respons yang cepat dan ketat di sini dalam lebih setahun ini.

Pemeriksaan untuk semua penduduk satu bandar telah biasa di sini dan mampu ditamatkan dalam satu dua hari saja ketika hanya mendapati beberapa kes baharu tempatan.

Dengan kawalan yang ketat, semua orang yang dikenali oleh Satria, termasuk kawan-kawan di media sosial, tiada seorang pun terjangkit.

Kes kematian yang begitu rendah mungkin kurang keyakinkan bagi orang asing, tapi cukup meyakinkan bagi orang yang duduk di negara ini.

Berbanding wartawan yang “menyiasat” kebocoran makmal Wuhan berdasarkan laporan kerajaan China, jabatan perisikan AS nampaknya lebih profesional.

CNN baru-baru melaporkan bahawa jabatan perisikan AS telah medapat sejumlah besar data gen dari China, termasuk gen dari sampel virus yang disimpan di makmal Wuhan. Pihaknya sedang menggunakan supercomputer.

Tentulah sumber berita ini tidak boleh didedahkan kerana adalah “rahsia”, saluran AS mendapati data-data tesebut tidak boleh didedahkan kerana adalah “rahsia”.

Jabatan Perisikan AS memang profesional mengadakan penyiasatan “rahsia” dan akhirnya hanya perlu menyediakan sebotol tepung pencuci dan menyatakan inilah bukti yang kukuh, seperti yang mereka mendakwa Iraq mempunyai senjata biokimia.

Yang lebih ironi, Senator dari kedua-dua parti AS minggu ini mengeluarkan surat terbuka menggesa kerajaan Biden terus mengutamakan penyiasatan punca COVID-19 supaya mengelakkan pendamik baharu daripada tercetus.

Sebelum memandang ke masa depan, cuba tengok apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Biden untuk menghadapi pendemik yang sedang berlaku.

Hingga semalam, kes baharu di negara itu telah tiga hari berturut-turut melebihi 100 ribu, meningkat 35% berbanding minggu lepas.

Jumlah pesakit yang dirawati di dalam hospital meningkat 40%, kes kematian meningkat sekurang-kurangnya 18%. Semua data ini mencipta rekod tertinggi dalam setengah tahun ini.

Matematik Satria mudah sahaja. Kerajaan AS dan beberapa media Barat terburu-buru menghitamkan China dalam masalah punca COVID-19, jelas untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap kegagalan kawalan wabak domestik saja.

张弘