China Panggil Balik Duta ke Lithuania

2021-08-11 16:37:21  CRI
Share with:

China memutuskan untuk memanggil balik duta ke Lithuania dan menuntut kerajaan Lithuania memanggil balik dutanya dari China.

Baru-baru ini, kerajaan Lithuania tidak mempedulikan representasi China, mengizinkan pihak berkuasa Taiwan menubuhkan "perwakilan" dengan nama "Taiwan" di negara itu. Langkah tersebut membelangi pedoman penjalinan hubungan diplomatik China-Lithuania, malah menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah China.

Jurucakap Kementerian Luar China pada Selasa menegaskan bahawa hanya ada satu China di dunia, dan kerajaan Republik Rakyat China ialah satu-satunya kerajaan sah yang mewakili China.

Menurut jurucakap itu, prinsip satu China adalah norma asas hubungan antarabangsa dan konsensus masyarakat antarabangsa, ia juga asas politik bagi hubungan dua hala antara China dengan negara lain.

Keazaman kerajaan dan rakyat China untuk mewujudkan penyatuan semula tanah air tidak akan goyah. Kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China tidak boleh dicabar.

China menuntut Lithuania membetulkan kesalahannya serta merta, mengmbil tindakan untuk menghapuskan kesan buruk dan jangan terus menempuh jauh di jalan yang salah.

Di samping itu, Tanah Besar juga mengingatkan pihak berkuasa Taiwan bahawa "kemerdekaan Taiwan" dan kegiatan pemecah-belahan tanah air adalah jalan buntu dan nescasya akan gagal.

徐国玮